![]() | |
MR Darren khusyuk mendengar penjelasan |
DI ANJUNG SERI GEMILANG
10.30 - 1100 PAGI
GURU BERTUGAS: NOOR AUFA
Dalam kesibukan mesyuarat dan perbincangan dengan Koordinator 'Middle Years Program International Barcalaureate' (MYP IB), sempat juga aku meluangkan sedikit masa melawat Pameran Fizik Pelajar Tingkatan 4 Sains 2. Turut serta Mr Darren yang sangat teruja melihat projek hasil kerja tangan pelajar, yang merupakan sebahagian daripada kehendak filosofi dan pendekatan MYP IB, yang sedang diberi bimbingan dan perkukuhkan kepada kami.
![]() |
Bertanya sesuatu .... |
Sesungguhnya inilah guru abad 21, guru yang dapat keluar daripada kepompong tradisi. Guru yang berdaya maju dan kreatif yang berdaya mendorong pelajar supaya dapat 'engaged' dalam proses pembelajaran yang memerlukan mereka berfikir. Guru begini dapat menggerakkan pelajar berfikir secara terbuka dan global demi mencari ilmu melalui proses inkuiri dan mendapat ilmu tanpa dipaksakan, tapi berdaya usaha menggunakan ilmu yang ada untuk terus menambah ilmu yang diperlukan.
Syabas Puan Noor Aufa, anda menjadi kebanggaan sekolah. Anda menjadikan kami tidak terasa rugi kerajaan memberikan biasiswa kepada anda ke luar negara untuk pulang dan berbakti kepada anak bangsa. Semoga semangat menjadikan pelajar 'open-minded', kreatif dan inovatif, boleh menyelesai masalah, boleh bekerjasama, dan boleh berkomunikasi akan terus mengalir kepada semua guru dalam melaksanakan program MYP IB yang sedang dalam proces permohonan dan penilaian. Jika semua orang menjadi Aufa maka pendidikan di negara ini akan lebih bermakna kerana pelajar mampu berfikir sendiri dan mencari ilmu sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
Start small...well done !
ReplyDeleteITS A GREAT JOB GKS SHOULD BE PROUD OF A VERY GOOD START
ReplyDeleteHopefully it will be a good start...and we will see more personal project from our students...in sya Allah...
ReplyDelete