Tuesday, April 23, 2024

FISIO OH FISIO


Senarai rawatan fisioterapi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

1. 29 Nov 2023 -11.00  pagi
2. 17 Jan  2024 - 09.40 pagi
3. 24 Jan 2024  - 09.40  pagi 
4. 21 Feb 2024 - 10.00  pagi
5. 24 Apr 2024 - 10.00 pagi
6. 29 Mei 2024 - 10.30 pagi 

Rawatan pusingan ke - 5  
(24 April 2024  -  Hospital Sultanah Bahiyah  -  HSB)

Sejak balik dari HUKM, sebelum balik ke AS setiap pagi di rumah abang long, kena jalan 15  pagi dan 15 minit petang, di samping buat aktiviti fisio yang diajarkan. Alhamdulillah papa temankan setipa hari selama dua minggu, sehingga terasa lebih sihat sebelum followup yang pertama dengan Doktor.

Di Alor Setar, bermula  bulan November telah diaturkan untuk sesi fisioterapi secara berjadual, sebulan sekali di Hospital Sultanah Bahiyah  (HSB) Alor Setar. Surat referal telah diberikan kepada HSB untuk menerima  dan mengaturkan tarikh buat fisioterapi. Tujuanya untuk menguatkan otot-otot di bahagian belakang, perut, paha dan betis secara berterusan. Kekuatan otot itu membantu untuk kita lebih kuat dan cepat pulih bertenaga selepas operation. 

Sebelum keluar wad, fisioterapis telah pun ajarkan aktiviti atau pergerakan asas yang perlu dibuat sendiri di rumah. Kemudian bila ke hospital akan diajarkan dan ditambah pergeraka-pergerakan lain lagi yang sesuai. Masa awal-awal aktiviti  dibuat secara melentang di atas katil, difokuskan di bahagian perut dengan pergerakan kempiskan  perut  sebanyak 30 kali.  Kemudian pergerakan otot di papan punggung 30 kali, pergerakan di bahagian belakang 30 kali. Dan satu lagi aktiviti penting ialah duduk dikerusi dan bangun duduk degan perlahan-lahan, untuk menguatkan otot paha dan otot punggung supaya dapat berjalan lebih kuat dan bertenaga.

Pusingan ke-2

Akriviti lain untuk kuatkan otot paha betis, papan punggung,  perlu  baring kemudian angkatkan kaki, diulang sebanyak 10 kali. Satu lagi aktiviti, baring dan rapatkan kaki ke punggung kemudian angkatkan kaki 90 darjah dan turunkan, diulang 10 kali. Akhir sekali baring dan kaki dalam kedudukan sila panggung, ditarik kaki yang di bawah ke perut, juga diulang 10 kali. Semua pergerakan ini sangat meletihkan dan makan tenaga yang banyak, namun tiada pilihan untuk tidak dibuat demi kesihatan dan pemulihan tulang supaya lebih cepat, insyaAllah.

Pusingan ke-3. 4, 5.

Aktiviti ditambah dengan menggerakkan kaki di atas belon 30 kali atau sepuluh minit.  Aktiviti ditambah pergerakan duduk atas kerusi dan bangun kemudian duduk perlahan-lahan. ini perlu diulang 30 kali tapi pergerakannya mesti perlahan-lahan terutamanya semasa duduk.

Semua pergerakan yang telah diajarkan perlu dibuat di rumah. Aktiviti boleh dipilih ikut kesesuaian dan buatlah ikut kemampuan dan ketahanan badan. Ini yang berat sebab bila balik di rumah kadang-kadang buat kadang-kadang tidak, ikut suka hati. Tapi kadang-kadang buat terlebih pula sehingga terasa perit  dan cekang urat. Walau bagaimna pun ia sangat membantu dan terasa badan lebih ringan bila buat pergerakan aktiviti fisio yang disarankan. 

Ya Allah berikan kekuatan supaya mampu meneruskan senaman untuk jadi lebih sihat. Ya Allah aku sangat tidak berupaya tolonglah kuatkan semangat dan kuatkan badan, tidak ada jalan pintas untuk sihat melainkan dengan membanayakkan senaman dan ikut saranan fisio yang disarankan. Semoga aku dibantu, semoga Allah terus memberikan kesihatan agar dapatlah terus beribadat kepada Mu ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.







No comments:

Post a Comment