Thursday, April 18, 2024

Semakin Pulih

Alhamdulillah dapat   berada di rumah kembali, selepas dua minggu dijaga oleh along dan Hajar. Tanggal 8 Oktober 2024, bermulalah era baru dalam kehidupan. Kena jaga diri diri, kena sedar diri, kena sabar dengan rutin pagi dan petang setiap hari. Kena sabar buat fisio, jaga pantang larang dan jaga makan. Rehat secukupnya dan jaga supaya sentiasa tenang menghadapi keadaan yang masih tidak pulih sepenuhnya. Seperti biasa setiap pagi mesti  berjalan 15 minit pagi dan petang pula jalan lagi 15 minit . Masa-masa lain kena buat fisio hari-hari. Buat ikut kemampuan, jangan terlalu berata dan tidak boleh skip semua pergerakan yang diajarkan. 

Alhamdulillah Makan dan minum angah yang uruskan masak untuk makan seharian. Adik juga membantu dalam kesibukan menjaga anak kecilnya, kadang-kadang dia masak bila angah ke luar kaawasan. Kerja rumah untuk jaga kebersihan bibik uruskanl, di samping di juga menjaga dan menguruskan caq yang terlantar sejak kekian lama.

Sebelum balik telah dibekalkan perlbagai ubat-ubatan, jadi setiap pagi mesti dimakan ubat mengikut aturannya. Dengan susah payahnya morning walk depan rumah bersama papa selepas sarapan jadi biasa dan rasa semakin ringan badan selepas hampir sebulan operation. Sudah tentulah fisio dan jalan dapat membantu menguatkan otot kaki dan pinggang sehingga badan terasa agak sihat sedikit. 

Masa sebulan dan dua bulan memang masa untuk berehat sepenuhnya, seperti berada dalam wad hospital walaupun sebenarnya duduk di rumah. Tiada aktiviti dibenarkan sebab emnunggu luka kering dan proses pertumbuhan tulang yang amat mengambil masa.

Di rumah aku mula makan ubat untuk tulang fosamax, makan seminggu sebiji. Malangnya minggu ketiga aku dirhea sangat teruk. Pergi ke toilet tak kira masa. Sehari dua hari, seminggu dua minggu, sehingga hampir mencecah 4 minggu.  Kesan ubat fosamex sangat teruk, cirit birit selama hampir sebulan. Aku jadi amat  lemah, lemah tidak bertenaga dan tidak bermaya. Tangan pun tak daya nak angkat, duduk pun tak larat, tidur saja sepanjang hari. Akhirnya aku dibawa ke KMC buat ujian darah, diberikan ubat, tapi tidak warded kerana disuruh buat observation dulu dekat rumah. Baliklah aku ke rumah dengan tidak bermaya dan lemah longlai. Makan ubat dulu, observe dan minggu depan datang balik untuk further test darah. Lepas makan ubat nampak semakin sihat dan cirit pun dah kurang. Lepas seminggu buat ujian darah semuanya dah ok, dah sihat alhamdulillah. 

Selepas itu bulan November  mulahlah buat fisio di HSB. Macam biasalah lama kena tunggu giliran dan lama jugalah buat fisio lebih kurang 1 jam. Untuk 3 kali fisio mama dihantar dan dijemput  kerana masih belum boleh bawa kereta. Selepas itu dalam 5 bulan berlalu dah boleh pergi sendiri dengan kereta, alhamdulillah. 

Kemudian selepas dua bulan pada 31 nov 2023  hingga 5 Disember 2023, papa bawa mama ke medan. Papa ada kaji selidik di Batu Bahara. Kami bertolak dengan bas ke Penang tidur di Raia Hotel. Selepas sampai di Penang rasa macam tak boleh nak teruskan perjalanan kerana sakit belakang. Rasanya hentakan bas yang berpanjangan menjadikan belakang terasa sakit.  Hati berbelah bahagi tapi perjalanan terpaksa diteruskan keesokannya. Akhamdulillah segalanya berjalan lancar, kami selamat pergi, selamat membuat kajian dan selamat balik dengan tiada sebarang masalah alhamdulillah. 

Bulan Januari 2024 mama pergi follow-up ke-2 di HUKM. Oleh kerana dah stop makan fosamax maka Doktor  stat ubat baru injection prolia untuk kuatkan tulang. Selepas itu dalam bulan Februari papa bawa mam pergi Kuantan untu menghadiri seminar. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.

Selepas 4 bulan mama mula naik  tangga perlahan-perlahan sekali pagi dan sekali petang. Rasa macam ok jadi mama teruskan hari-hari naik tangga untuk kuatkan otot kaki dan paha. Alhamdulilllah syukur pada Allah. Selepas itu mama cuba-cuba sembayang seperti biasa, alhamdulillah syukur pada Allah. Selepas 5 bulan mama cuba bawa kereta, alhamdulillah beres, bolehlah mama keluar rumah semula.

Selepas itu bulan April datang Ramadhan, mama sembahyang tarawikh 23  rakaat malam pertama, lepas itu terasa sakit belakang balik. Selepas itu mama sembayang atas kerusi untuk kurangkan sakit. Masa ni masak mee dan angkat belanga pun terana sakit. Tetapi selepas beberapa lama sakit kembali pulih, alhamdulillah.

Kesimpulannya mama tak boleh lagi buat kerja berat, maka itulah ketentuan Allah mama pasrah, syukur alhamdulillah. Ya Allah bantulah aku untuk terus sihat agar dapat beribadat kepadaMu selagi masih ada hayat di hujung-hujung ini.








No comments:

Post a Comment