Dalam Al-Quran banyak disebutkan sifat-sifat terpuji yang patut menjadi amalan kita untuk mencari redha Allah. Berikut diturunkan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan sifat-sifat terpuji itu, agar kita dapat menghayatinya dan seterusnya dapat mengamalkannya:
1. Sifat taat
Surah Muhamad - ayat 14
Adakah
orang-orang (yang beriman dan
taat) yang keadaanya sentiasa berdasarkan
bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang engkar -
derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh syaitan) akan
kejahatan amalnya ( sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut
hawa nafsunya? ( sudah tentu tidak sama)!
Surah al-Ahzab - ayat 35 - Sifat taat
Sesungguhnya
lelaki / perempuan yang Islam, yang beriman, yang
taat, yang benar, yang sabar,
merendah diri kepada Allah, yang bersedekah, yang berpuasa, yang
memelihara kehormatan, yang menyebut nama Allah banyak- banyak, Allah
telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
2, Amanah - Surah Al-Anfal - ayat 27
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati
amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
- mengkhianati amanah Allah dan RasulNya ialah dengan meninggalkan
suruhanNya dan melanggar laranganNya. Mengkhianati amanah 'kamu' pula ialah amanah kepada diri sendiri dan
amanah orang, sama ada yang berupa harta benda, rahsia, dll.
2. Sambil lewa - Surah Muhamad - ayat 16
Dan di antara
mereka yang hadir di majlismu wahai Muhamad ialah orang yang munafik, yang
mendengar ajaranmu dengan
sambil lewa, sehingga apabila mereka keluar
dari sisimu, berkatalah mereka (secara mengejek- ngejek, kepada orang yang
diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): Apa yang dikatakan oleh Muhamad tadi? Mereka (yang munafik) itu ialah orang- orang
yang dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan itulah org yang menurut
hawa nafsunya.
3. Mementingkan diri sendiri - Surah Al -Munafiquun - ayat 9
Wahai
orang- orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan dengan (urusan) harta benda
kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan
perintahNya). Dan ( ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka
mereka itulah orang - orang yang rugi.
- Oleh kerana
tabiat orang-orang munafik yang hanya
mementingkan dirinya dan harta
bendanya semata-mata, maka dengan ayat ini dan ayat-ayat berikutnya, Allah
Taala mengingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan berlaku demikian.
Surah At-Taghaabun - ayat 14 - Mementingkan diri
Wahai
orang2 yang beriman, sesungguhnya ada di antara
isteri-isteri kamu dan
anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu awaslah
serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha pengasihani.
- Kerana
ada di antara isteri dan anak-anak menyebabkan suami dan bapa masing-masing
terdorong melakukan sesuatu yang dilarang Allah, atau terhalang daripada
melakukan sesuatu yang baik atau amalan yang dituntut.
Surah At- Taghaabun - Ayat 15 - Mementingkan diri
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak kamu itu hanyalah
menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Sura al-Anfal ayat 28 - Mementingkan diri
Dan
ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah
menjadi
ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
- Oleh itu janganlah kamu, kerana kamu sayangkan harta benda dan kasihkan
anak-pinak lalu kamu terdorong melanggar perintah-perintah Allah,
kerana Allah menyediakan pahala yang besar bagi orang-orang yang
mematuhi perintah-perintahNya dan mengutamakan keredhaanNya lebih
daripada harta benda dan anak-pinak yang dikasihi.
Al Kahfi ayat 46 - Mementingkan diri sendiri
Harta benda dan anak pinak itu, ialah
perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
4. Berbuat baik - Surah Al Waqiah - ayat 10
Dan
(puak yang ketiga pula ialah) orang yang telah mendahului (dalam
mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai
balasan yang sebaik- baiknya di akhirat kelak).
- ayat 11 - mereka itulah orang- orang yang didampingkan di sisi Allah.
Al- Maaidah - ayat 100 - Berbuat baik
Katakanlan
wahai muhammad, tidak sama yang buruk dengan
yang baik, walaupun
banyaknya yang buruk iru menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada
Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
Surah Yaasin - Ayat 68 - mengharap balasan Allah
Dan
hendaklah diingat bahawa sesiapa yang kami panjangkan umurnya, Kami
balikkan kejadiannya (kepada keadaan yang serba lemah; hakikat ini
memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Muda-mudahan dapatlah dimanfaatkan dan menjadi panduan untuk kita mengejar keredhaan Allah untuk kesejahteraan di akhirat nanti, insyaaAllah. Janganlah hendaknya kita tergolong dalam golongan orang yang tidak taat, tidak amanah, mementingkan diri sendiri dan tidak baik pekerti, kerana semua sifat itu akan menjauhkan kita daripada nikmat Allah subhanahu wataala.