Kitab Penawar Hati
Dalam pendahuluan kitab ini Nabi berpesan, Janganlah kita terpisah daripada majlis ilmu dalam masa 40 hari, apabila berlalu 40 hari tiada dalam majlis ilmu, dua kesan tidak baik akan terjadi kepada kita, iaitu yang pertama hati akan menjadi keras, hati jadi mati, dan semakin malap. Yang kedua kita berani melakukan dosa besar, nauzubillah.
Hal ini akan menjauhkan kita daripada rahmat Allah kerana kriteria ahli syurga yang Allah janjikan ialah berilmu pengetahuan yang memberikan manfaat. Berilmu juga akan menjadikan kita rindu kepada Allah, dan berilmu juga akan menjadikan kita sentiasa insaf, dan jika kita berdosa kepada Allah, kita akan segera kembali bertaubat kepada Allah. Jika kita tersilap melakukan kesalahan dan cepat-cepat kembali bertaubat, kita akan mendapat redha Allah. Insyaa Allah
Kenapa kita berani melakukan kemungkaran? Tidak lain kerana kita tiada ilmu; ilmu itu cahaya hati yang dapat menyuluh hati kita supaya tidak sesat. Sebab itulah perlu belajar ilmu tasauf untuk mengenal Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Sebenarnya banyak cara untuk mengenal Allah. Sesetengah ulamak seperti Hassan Al-Basri berpendapat kita dapat mengenal Allah melalui melalui sifat-sifat Allah yang 20. Salah satu cara lagi ialah dengan mempelajari ilmu tasauf. Makna tasauf itu boleh dilihat melalui asal perkataan Tasawuf itu sendiri.
Ta
taqwa kpd Allah
Sad
sabar , Nabi bersabda antara amalan yg boleh masuk syurga, jangan cepat marah,
tahan diri drp keluh kesah, sabar dalam kepala, sabar dalam melakukan
ketaatan kpd Allah, sabar daripada melakukan maksiat,
Wau
warak - meninggalkan perkara larangan dan syubhah
Fa
fakir - sentiasa berhajat kepada Allah, semua yang kita lakukan kerana
kebesaran Allah, bersihkan hati supaya dapat redha Allah, Allah
menentukan segalanya, sekelian manusia yang fakir kepada Allah
Dengan adanya empat sifat yang dirangkumi ilmu tasauf di atas iaitu taqwa, sabar, warak dan fakir, barulah kita boleh dekat dengan Allah, Contohnya Nabi saw sangat merendah diri, dan sangat tawadhuk, contohnya kasut baginda carik dijahitnya sendiri, baju baginda koyak baginda buat sendiri juga. Melalui ilmu Tasawuf kita tahu kelakuan hati kita, kita dapat belajar apa yang Allah suka, seperti Nabi saw, baginda melaksanakan dengan sungguh-sungguh dengan sukanya apa yang Tuhan 'suka'. Melalui tasauf juga kita dapat tahu kelakuan yg dicela Allah, supaya dapat kita jauhi, seperti perasaan dengki, dan takabbur, yang sangat tidak disukai Allah. Mudah-mudahan penjelasan di atas dapat memberi sedikit manfaat untuk dihayati dan menjadi pendorong untuk kita terus mengenali Allah yang maha besar, insyaaAllah.
No comments:
Post a Comment