CERAMAH OLEH
1.Us Fahmi Zam Zam
2.Us Marwazi Dhiyauddin
3.Us Abdul Hadi Moderator
Soalan 1 kepada Ustaz Marwazi Dhiyauddin - Apakah persediaan yang perlu untuk menyambut Ramadhan?
Yang pertama, berilah peringatan supaya kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, banyak melakukan ibadat di bulan Ramadhan yang mulia, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfat kepada orang yang beriman. Ingatkan pesanan Nabi yang dicintai, "Siapa yang melakukan ibadat wajib di bulan Ramadhan, seumpama melakukan 70 x ganda ibadat di luar Ramadhan."
Nabi pernah bersabda, dan berkhutbah kepada kami, riwayat daripada Salman, "Di akhir bulan Syakban, wahai
manusia akan datang satu bulan yang cukup besar iaitu Ramadhan, iaitu bulan yang penuh keberkatan, kerana ada
satu malam, yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam lailatulqadar. Allah jadikan
puasa Ramadhan wajib, bangun malam dituntut, dan barang siapa yang mendekatkan diri kepada
Allah dengan melakukan kebaikan walaupun kecil, contohnya angkat kayu yang merentang jalan atau
angkat sampah pun, dikira beriman, apatah lagi dibuat dalam bulan Ramadhan. Gandaan
pahalanya amatlah besar. Jadi banyakkanlah beribadat, lipat gandakan ibadat di bulan Ramadhan.
Di samping itu hendaklah banyak bersabar di bulan Ramadhan, pahalanya besar kerana bulan Ramadhan penuh dengan cabaran,
bulan yang ditambah rezeki, siapa yang bagi orang buka puasa ganjarannya Allah
mengampunkan dosa dan dilepaskan dari api neraka dan pahalanya tidak kurang sedikit
pun. Seorang sahabat berkata "bukan semua kami ada rezeki yang lebih", Nabi bersabda, "Allah bagi pahala
walaupun memberi makan sebiji tamar, atau minum seteguk air, atau seteguk susu. Itulah rahmat Allah". Ramadhan bulan penuh rahmat dan maghfirah. Allah mengampunkan dosa, jadi pohonlah keampunan Allah, dan keredhaan, mesti Allah redha, kemaskan shahadah kita dan pohonlah keampunan Allah, dan pohonlah syurga dan pohon juga perlindungan daripada api neraka. Insyaa Allah dikurniakan.
Soalan 2 kepada Ustaz Fahmi Zam Zam - Bagaimanakah peresediaan dan amalan-amalan di bulan Ramadhan?
Ikuti amalan Nabi merindui Ramadhan. Nabi sebagai kekasih Allah, orang yang beriman sangat rindu kepada Ramadhan, Baginda sering berdoa, "Allah humma barik lana fi rajaba, wa ba rik na syakban, wablligh na ramadhan"
Nabi bersabda, "Kalau umatku tahu hakikat Ramadhan mesti mereka mengharapkan setiap bulan itu bulan Ramadhan. Baqrang siapa bergembira sebab datangnya Ramadhan, Allah mengharamkannya daripadanya api neraka. Diri kita ibarat kereta, pakai tak berhenti, pada bulan Ramadhan kita seumpama masuk bengkel, puasa dan fokus kepada ibadat, terutamanya membaca alQuran. Kalau boleh setiap minggu khatam alQuran, kerana, Ramadhan bulan alQuran. Sambut Ramadhan dengan menghadirkan diri dengan ayat-ayat alQuran. Setiap amalan kebaikan akan diberi oleh Allah 70x kali ganda pahala.
Soalan 3 kepada Us Marwazi dan Utaz Fahmi - Bagaimakah meningkatkan amalan di bulan Ramadhan?
1. Jadilah orang yang pemurah - kerana pahalanya luar biasa - banyakkanlah bersedekah kerana Allah amat suka kepada orang yang 'meminjamkan' hartanya kepada jalan Allah.
2. Syair Arab, ada menyebut, "yang berhari raya taatnya bertambah, hari raya dosanya diampun".
Nabi bersabda, "Allah pada hari kiamat boleh terima permohonan kita, kerana mati sebelum umur 60 tahun. Tapi kalau kita berusaha di bulan Ramadhan dan mendapat lailatul qadar, kita seolah-olah beribadat 1000 bulan, bersamaan 82 tahun. Jadi 10 hari dan 10 malam terakhir di bulan
Ramadhan rebutlah peluang, perbanyakkan usaha, banyakkan beribadat pada siang dan malamnya.Hari raya seumpama hari penyampaian hadiah yang berusaha dapatlah hadiahnya, yang sebaliknya rugilah yang teramat sangat. Ada pendapat memberitahu, bagaimana kita mencari lailatulqadar sebagai panduan sahaja. Jika puasa jatuh pada hari-hari seperti berikut, maka tarikh lailatul qadar adalah seperti yang berikut;
Khamis - malam 23, Jumaat - malam 29, Sabtu - malam 21, Ahad - malam 27,
Isnin - malam 29, Selasa - malam 25,
Rabu - malam 29.
Walau bagaimanapun eloklah jika sepanjang-panjang bulan Ramadhan itu, ditingkatkan usaha untuk melakukan ibadat bagi mendapat redha Allah jua, in sya Allah, walla hu aklam.
No comments:
Post a Comment