SYARAHAN USTAZ ABDUL WAHID
SURAU DARULSYIFA’ - 11 JUN 2014
Umum mengetahui kisah Allah menyuruh malaikat sujud
kepada Adam, mereka patuh, namun iblis ingkar.
Menurut Ibn Abbas, iblis asalnya bernama harith. Setelah dia engkar arahan Allah, ditukar namanya menjadi iblis. Keturunannya adalah daripada golongan jin, dan
iblis diciptakan dari lidah api, sebab itulah dia merasakan dirinya lebih mulia
daripada Adam yang diciptakan dari tanah. Menurut Ibn Kathir, iblis adalah ketua
daripada makhluk yang menjaga syurga, tetapi
dia marah apabila Allah melantik Adam menjadi khalifah. Diriwayatkan juga, iblis makhluk yang memang kuat
bekerja, dan banyak ilmu pula,
sebab itu dia jadi takabbur dan engkar atau tidak boleh menerima
suruhan Allah untuk menyembah Adam. Jadi jika manusia mengikut sifat-sifat iblis yang tersebut di atas, sama ada secara sedar atau tidak, maka manusia
telah menzalimi diri mereka sendiri. Menurut Ibn Kathir, angkatan iblis bergerak menawan hati manusia dengan
sungguh-sungguh melalui enam ‘portfolio’: solat, perdagangan, wanita, multi
media, dan rumah tangga. Sebab itulah banyak fitnah yang timbul melalui enam
perkara di atas, kerana iblis dengan sungguh-sungguh, tidak pernah henti-henti, dan tidak sedikitpun
pernah kecewa atau putus asa dalam menyebarkan
hasutan agar manusia ikut serta menjadi pengikutnya nanti. Dan bila tiba masanya
mengadap Allah nanti, seperti telah disebutkan
dalam AlQuran surah AlHashr, iblis lepas tangan, kitalah yang akan menanggung segala azab dan balasan sendirian
Di samping itu, ramai juga yang pernah mendengar bagaimana
tekunnya dan bersungguh-sungguhnya iblis menyesatkan seorang pemuda Bani Israil,
bernama Barsieso yang sangat istiqmah beribadat
pada setiap masa selama 40 tahun. Malangnya Barsieso akhirnya tewas kepada
iblis dan telah terjerumus melakukan dosa besar, berzina, membunuh dan murtad
sujud mengikut iblis. Hancur musnah dan
sia-sialah amalanya selama 40 tahun. Iblis hanya tekun dan bersungguh-sungguh dalam
berpua-pura, mengikut Barsieso beribadat.
Dengan kesungguhan itulah Barsieso terpedaya dan menjadi pengikut iblis
laknatullah.
Iktibar yang
boleh diambil sebagai kesimpulanya ialah,
1. Manusia mestilah kuat bersatu hati dan berada dalam jamaah ke arah melaksanakan suruhan Allah dan mencegah kepada kemungkaran. Berada dalam jamaah, membolehkan kita saling tegur menegur kepada kebaikan, dalam suasana ukhwah dan persaudaraan untuk mendapat kesejahteraan di dunia di di akhirat sana nanti.
2. Langkah yang dibuat oleh iblis dalam menyesatkan manusia hingga berjaya, ialah bekerja tanpa jemu sedikit demi sedikit dan berterusan, tidak melalui jalan pintas, tapi tekun dan bersungguh-sungguh. Akhirnya dia mencapai kejayaan yang diingininya, pada tahap maksimum.
3. Kesabaran iblis dalam melaksanakan apa jua tugas amat tinggi, dan tiada mengenal erti putus asa, dan inilah yang mengalahkan kita akhirnya. Jika kita tidak sabar senanglah kita digoda, dan segala masalah pun bermula dengan tiadanya perasaan sabar.
4. Lelaki dengan perempuan akan sentiasa digoda oleh iblis sehingga menimbulkan fitnah dan terjebak dengan dosa besar yang amat disukai syaitan. Jadi eloklah lelaki dan perempuan bukan muhrim tidak rapat untuk mengelakkan dihasut iblis melakukan dosa.
5.Iblis sangat bijak dan halus mengatur strategi, sehingga semua yang buruk diberikan tafsiran oleh manusia bahawa kita berada di pihak yang benar dan betul belaka, sehingga masing-masing menegakkan benang basah yang menyebabkan berlaku pertelingkahan dan permusuhan. Sesungguhnya perselisihan manusia itulah yang sangat disukai iblis.
6. Iblis sangat suka manusia tidak bernikah kahwin, kerana perkahwinan membawa kepada kesejahteraan ummah dan mengelakkan berlakunya maksiat.
7. Perasan rasa hebat atau takabburlah, yang membuatkan iblis engkarkan suruhan Allah. Jadi iblis akan sentiasa melunakkan hati manusia supaya tanpa disedari manusia akan kagum dengan kehebatan diri sendiri, dan inilah yang memecahbelahkan manusia sehingga bermusuhan sesama sendiri dan iblis gembiralah akhirnya.
Oleh itu marilah kita sentiasa bermohon kepada Allah supaya kita dilindungi daripada fitnah iblis yang bersungguh-sungguh mahu menyesatkan kita.

No comments:
Post a Comment