Syarahan Us Wahid
Surah AnNahlu Ayat 71
6 FEB 2013
Kata Imam Ibn Musa, berpada-padalah kamu dalam bab rezeki dan dalam kehidupan dunia, sesungguhnya Allah telah melebihkan rezeki pada sesiapa yang Dia suka. Tetapi kepada semua yang Allah kurniakan rezeki itu, Allah akan uji, siapakah antara umatNya yang bersyukur atau sebaliknya.
Sebenarnya yang dikatakan rezeki itu adalah berbagai-bagai pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita, sama ada dalam bentuk wang ringgit, anak-anak, ilmu dan kemahiran, kesihatan tubuh badan, suami atau isteri, sahabat handai dan jiran tetangga, kelapangan, atau boleh jadi apa saja yang tidak terfikirkan oleh kita manusia. Dalam sebuah Hadis, Nabi Mohamad saw. pernah berkata Jibril pernah memberi tahu, bahawa setiap yg bernyawa tidak akan mati, hingga
disempurnakan rezekinya, oleh itu bertaqwalah kepada Allah, cantikkanlah kamu
ketika mencari rezeki.
Nabi saw pernah berkata kepada Abdullah Ibn Mas'ud, jangan kerana nak
gembirakan hati kawan sampai sanggup langgar perintah Allah, jangan puji lebih-lebih sangat orang yang membantu kita mendapat sesuatu, sdgkan segala rezeki dan nikmat Allah yang bagi, begitu juga jangan cela orang yang dapat rezeki, jika Allah
tak bagi rezeki kepada kita, kr rezeki tidak blh dihalang, dan bukan boleh ditolak pula,
sesungguhnya siapa yang redha, dan yakin dengan rezeki, Allah akan br ketenangan, dan
ssebaliknya Allah akan beri perasaan kusut dan serabut kepada org yg selalu rasa dia tidak dapat rezeki yang sewajarnya daripada Allah.
Iktibarnya marilah kita menjadi orang yang mencari rezeki di jalan yang halal. Kalau Allah murahkan rezeki kita maka bersyukurlah kita. Tapi jika sebaliknya redhalah kita denga segala pemberianNya. Di samping itu janganlah kita tamak dengan segala pemberian Allah kepada kita, kerana sesungguhnya perasaan tamak itu boleh membawa sebesar-besar bencana kepada manusia.
No comments:
Post a Comment