SYARAHAN US WAHID
SURAH ANNAHLU AYAT 61
SURAH ANNAHLU AYAT 61
16. 1. 13
PENGAJARAN AYAT
- Marilah kita meminta ampun kepada Allah kerana ajal maut akan sampai tepat pada masanya, tidak kurang atau tidak lewat walau sesaat pun. Imam Al Qurtubi pernah berkata, Allah tidak akan tinggal walaupun seekor semut di atas muka bumi, daripada menerima balasanNya, kalau nak ikutkan kesalahan yang kita buat dan yang pernah manusia lakukan, sama ada buat zalim kpd diri sendiri atau juga kepada orang lain.
- Marilah kita meminta hidayah Allah kerana manusia selalunya menzalimi diri sendiri, dengan melakukan pelbagai kesalahan dan kezaliman sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Menurut Abdullah Ibn Mas'ud, kalau Allah ambil kira kesalahan yang manusia lakukan, walaupun binatang yang kecil yang tinggal di dalam lubang akan merasa azab Allah, contohnya seperti Allah tahan hujan dari langit, tapi oleh kerana Allah maha pengampun kepada dosa-dosa manusia dan maha luas hidayahNya, jadi mintalah hidayah supaya dijauhkan kita daripada melakukan sebarang dosa.
- Kita wajib mencari hidayah dan beristiqamah minta hidayah daripada Allah, iaitu hidayah umum untuk menjaga Islam dan Iman, dan hidayah khusus untuk mendapat nikmat iman, serta hidayah menuju jalan ke syurga. Menurut Imam Abd Rahman Ahmad, beliau pernah berkata, Allah sangat suka jika manusia minta drp Allah
- Marilah kita memohon doa supaya kita dimatikan sebagai orang yang
beriman, kerana Allah akan balas pahala yang banyak kepada kita insyaa
Allah. Kalau kita ditimpa bala sekalipun sebelum mati, jika kita
benar-benar beriman dan redha, Allah akan bangkitkan dengan kebaikan.
Untuk semua marilah kita memohon daripada Allah dengan bersungguh-sungguh kerana Allah amat besar rahimnya, maha pengasih lagi maha penyayang, Janganlah sekali-kali kita berputus asa dan bersangka buruk kepada Allah kerana tiada daya kita untuk mengelak keburukan, dan tiada daya kita untuk berbuat kebaikan melainkan dengan kehendakNya jua.
No comments:
Post a Comment