TERIMA KASIH LAGI
Rasa sungguh terharu, membaca cacatan seorang sahabat. Jarang-jarang kami dapat ucapan setulus hati. Jadi diabadikan ucapan itu dalam blog ini sebagai kenang-kenangan. Walau sepotong ayat tapi sangat bermakna. Walau dari jauh tapi sungguh amat mengesankan. Berikut dikongsikan ucapan yang bermakna itu.
"WALAUPUN
sudah lima hari berlalu, tetap ingin merakamkan ucapan Alhamdulillah di
FB ini, syukur kepada Allah SWT yang mengabulkan impian anak saya, Nur Fatini.
Alhamdulillah dan tahniah kerana mendapat 9A dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan pada 19 Disember lalu. Tahniah! Semoga
keputusan ini menjadi pembakar semangat untuk terus belajar dengan lebih
tekun dan gigih pada masa depan.
Terima kasih kepada Pengetua SMK Sultanah Bahiyah, Puan Hajah Rahinun Mohd Noor
serta guru-guru SMK Sultanah Bahiyah yang telah mendidik dan memberi
bimbingan kepada anak saya selama ini. Minta dihalalkan segala ilmu yang
telah dicurahkan kepadanya, dan dimaafkan segala kesalahan yang mungkin
dilakukannya selama ini. Tanpa bimbingan dan didikan cikgu semua,
siapalah anak saya pada hari ini!
Terima kasih juga kepada
seluruh ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai yang memberikan
sokongan dan mengirimkan doa selama ini.
Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang terbaik buat semua."
Dari Fuad Razali
No comments:
Post a Comment