Tuesday, August 31, 2010

BRITISH MUSEUM



Sudah lama berhajat mengunjungi British Museum, sejak mengunjungi London dulu, tapi oleh sebab tidak berkesempatan maka keinginan hanya tinggal kenangan. Dari stesen tren kami berjalan melalui park, deretan kedai dan juga satu kawasan perniagaan Itali yang klasik.


Di hadapan bangunan British Museum Yang tersergam

Setibanya di depan Museum yang tersegam, orang sudah ramai - pelancong dari dalam dan luar dan juga budak-budak sekolah, semuanya berkunjung ke situ dengan harapan dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna. Kami ambil kesempatan mengenali British Museum sepintas lalu dengan mendapatkan maklumat dari brosur yang disediakan percuma untuk pengunjung. Ada juga buku ringkas dijual untuk memberi penjelasan tentang koleksi dan tema penting pameran yang terdapat di museun itu.


Bahan pameran mata wang yang pelbagai mengikut masa dan tema

Berpandukan maklumat dari brosure dan buku, kami buat keputusan untuk ke tingkat tiga, melihat pameran tentang mata wang. Memang ruangan inilah yang menjadi idaman papa sejak dulu lagi, selalu disebut-sebut, barangkali hingga terbawa ke dalam mimpi. Hari ini sampailah hajatnya. Hari ini hari bersejarah, impian sudah menjadi kenyataan. Papa sungguh asyik, sungguh teruja. Boleh dikatakan setiap angle ruang pameran dirakamkan dengan gambar, satu persatu, sungguh teliti - barangkali tiada yang tercicir. Mama pun bantu papa snap tempat-tempat yang perlu. Along pula sibuk merakam vidoe - papalah yang memberi penerangan tentang pameran di situ, yang ada kaitan dengan numismatik dan sejarah.

Sebahagian daripada mata wang yang dipamerkan

Lama juga kami di ruangan numismetic. Bila sudah berpuas hati kami berpindah ke ruang Asia Tenggara dan Dunia Islam - tapi tak banyak yang dipamerkan sesuai dengan kehendak papa. Dah letih berjalan, kami ke kedai souvenir - membelek-belek buku - banyak yang papa berkenan, tapi mengenangkan susah nak bawa balik kerana kami akan ke Amsterdam pula, maka papa belilah dua tiga buah buku yang paling perlu saja. Papa sungguh tak puas hati, tapi dia terpaksa merelakan. Berkali-kali dia mengulang, 'kita silap ni, kita patut ke Amsterdam dulu pas tu baru ke London, baru boleh bawa balik banyak buku sikit.'

Lawatan kali ini sangat berbaloi. Dah puas berjalan, kami buat keputusan balik makan tengah hari di Malaysian Hall kerana boleh makan nasi yang sedap-sedap lauknya. Tapi tak bolehlah convert harga nasi dengan duit pound ke RM, tentu rasa tersangatlah mahal nasi yang dimakan.

Monday, August 30, 2010

PERTOBELLO MARKET

Dari pagi lagi kami sudah keluar untuk meninjau-ninjau Portobello market, pasar minggu antik terkenal di London. Dari Queensway station turun di Padington, kelihatan semua orang yang turun berpusu-pusu menuju destinasi yang sama.


Seawal pagi sudah ada pengunjung yang melawan arus kami, sudahpun membawa barang yang dibeli, untuk di bawa pulang dengan puas dan bangganya, kerana dapat dibeli degan harga yang murah.

Tiba di persimpangan jalan bermulanya pasar antik, macam-macam barang yang dijual. Jadi kalau nak shopping di sini mesti tentukan tema, baru senang mencari barang. Papa sangat pasti temanya, dia nak cari barangan berkaitan Asia Tenggara, dan ada kaitan dengan dunia melayu. Kami spent banyak masa kat kedai peta, harganya pun ok, taklah semahal peta antik di Harrods, ada yang mencecah GB 10.000 sekeping.



Selepas memilih-milih dengan penuh minat dan teliti papa belilah juga beberapa keping peta yang ada kaitan dengan tema penulisannya. Dia sangatlah puas hati, dapat peta yang rare, dapat peta yang dicari-cari dan 'murah' pula tu. Sangat berbaloi, dia sangat gembira, mama pun suka.

Menariknya Portobello ni, macam pasar minggu di Malaysia. Bukan saja ada barang antik dan barangan terpakai, tapi barang-barang lain pun ada juga, dan makanan pun banyak - sayuran, buah-buahan, makanan masak dan juga minuman. Suasana dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan jalanan - silap mata, nyanyian solo dan kumpulan, pertunjukan akrobatik, serta permainan alat musik.

Menikmati suasana di Portobello

Along tak melepaskan peluang merakamkan video persembahan jalanan yang jarang dijumpai di Malaysia. Banyak sungguh koleksi video menarik yang dapat diabadikan untuk kenangan. Sedar tak sedar, kami sudah berjalan hampir jam 2.00 petang. Rasa letih dan lapar sudah mula terasa, jadi tak heranlah bila along jumpa gerai seafood Turki, dia cepat-cepat beli assorted fried seafood, dan makan dengan sedapnya. Kami sudah tidak mampu berjalan lagi, apabila sudah hampir jam 3.00 petang, jadi terpaksalah kami balik berehat seketika, untuk dapat berjalan lagi pada esoknya.

Saturday, August 14, 2010

USOP & DEL'S ANNIVERSARY

Liverpool - 21 julai 2010

Lepas sembahyang subuh rehat dan tidur balik sebab baru pukul 5.00 pagi dan sangat sejuk sebab hujan sejak semalam. Nampaknya keadaan papa kurang menyenangkan kerana dia sangat sakit pinggang, almost tidak tertahan. Jadi dengan harapan rehat akan mengurangkan keadaan, maka kami tidur hingga jam 7 pagi.

Namun keadaan masih sama saja. Kami tunggu bang long balik dari rumah Zul sebab dia pi lepak dengan member-membernya sebelum balik ke Malaysia. Kami sarapan roti dengan scrambled eggs dan kacang dal pedas, memang sedap makan waktu pagi yang dingin ini, terutamanya bau aroma Nescafe yang sungguh menyegarkan.

Bila bang long balik papa buat keputusan untuk self-manage sakit pinggangnya instead of going to the hospital. Lepas makan ubat terasa sakit dah semakin kurang dan dia terus tidur berehat untuk mengurangkan kesakitannya. Lepas tu bang long pergi ke docks untuk tukar souvenir papa yang sedikit cacat, dan juga untuk beli 3 lagi souvenir untuk kawan baik papa.

Sementara papa berehat, dan bang long ke docks, mama masak gulai telur dan ikan sardin untuk lunch. Sejuk-sejuk begini memang terasa sangat lapar, jadi memang tak sabar menunggu untuk makan. Bang long balik saja kami terus makan tengah hari dengan lahapnya.

Selepas sembahyang zohor, sambil rehat-rehat, alang dan kak cik masuk chatting di fb. Hati terasa sangat sayu kerana pak lang yang sudah beberapa hari koma telah pulang ke rahmatullah. Innalillah… Sedihnya, lama juga sudah tidak berjumpa. Last jumpa masa kenduri angah – dalam kedhaifannya datang juga dia menjenguk cucu saudara baru. Yang sedih lagi emak tak sempat jumpa adiknya, nak tunggu kami balik, sebab susah nak pi hospital, dan susah nak tinggal abah. Apa nak buat takdir sudah begitu, takdir sudah menentukan kami tak berjumpa. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan di masukkan di kalangan orang-orang beriman.

Dalam masa yang sama kak cik bagi tau kuasa elektrik di rumah suka black out. Kak cik juga cerita adik rindu kerana dah lama ditinggalkan. Bukan dia saja yang rindu. Kami pun rindu tak terkata, tapi apa kan daya. Hati jadi makin tidak seonok berada di bumi Inggeris ini. Dengan macam-macam cerita mau saja aku terbang balik. Tapi urusan di sini pun masih belum selesai. Bang long punya barang-barang pun masih ada yang belum packing untuk shipping. Rumah pun masih banyak yang belum diselesaikan. Aduhai cepatnya masa berlalu bila banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi lambatnya masa berlalu jika kita menunggu dan mengharapkan sesuatu. Begitulah keadaannya di Liverpool pada hari ini.

Nasib baiklah pada malamnya Delima dan Yusuf kawan bang long ajak makan malam. Zul jemput jam 7.30 malam tepat dengan keretanya yang comel, bersama Syafiqah yang manja. Kami disambut mesra oleh Yusuf yang handsome dan Delima yang ayu, dengan sangat mesra. Terasa suasana kekeluargaan, dan keakraban sahabat di perantauan.

Suasana ruang tamu yang anggun, lagi romantis, menjadikan makan malam yang simple sangat bermakna, menjadikan saat yang dilalui sangat indah, harmonis dan nostalgic untuk bang long yang akan meninggalkan bumi Liverpool ini. Juga menjadikan sangat berkesan untuk seorang ibu turut merasakan segala kehidupan sendirian anaknya, dengan teman-teman, saat suka duka, pahit maung menjalani kehidupan tanpa ayah ibu untuk membantu.

Kami menjadikan makan malam itu sambutan anniversari perkahwinan Yusuf & Delima yang pertama. Menunya home-made yang special - roast chicken, salad, mash potatoes, dan kek black berries – sungguh western, dan sedap. Bangga sungguh seorang suri rumah yang serba sibuk, dapat menjamu kami dengan sungguh perfect. Terasa sungguh kemesraan dan keikhlasan, walaupun sekejap baru berjumpa. Syukurlah ada juga kawan menjadi sahabat ketika susah senang, ketika rindu dendam melanda teringat kaum keluarga. Syukurlah ada mereka menjadi keluarga bang long sepanjang 6 tahun merantau. Sangat terharu, dan terasa sangat terhutang budi. Semoga Allah sahajalah yang selayaknya membalas dengan segala kerahmatanNya. Oleh kerana Del nak exam kami cepat-cepat minta diri. Jam 8.30 malam kami balik dengan sungguh senang dan kenyang untuk sembahyang maghrib dan terus tidur selepas sembahyang Isya’ yang masuk pukul 11.00 malam.

Selamat ulang tahun perkahwinan usop dan Del. Semoga kalian berdua berbahagia hendaknya. Semoga menjadi pasangan paling akrab menjalani kehidupan bersama dalam kemanisan berumahtangga. Semoga sabarlah hendaknya kerana dalam mengharungi kenikmatan berkeluarga ada juga geloranya. Semoga cepat-cepatlah bertambah ahli keluarga yang manis dan comel. Selamat berbahagia kekal hingga ke akhir hayat. Amin

Thursday, August 12, 2010

JEJAK KOLONIAL

8 Julai 2010

 Dari Liverpool kami terus ke London - 8 Julai hingga 13 Julai di sana, dirasakan sudah mencukupi. Perjalanan 6 jam dengan bas ekspres memungkinkan kami menikmati musim panas yang sangat disukai oleh orang di England. Semasa bas berhenti di motorway rest area, (ala R&R di Malaysia), dekat Birmingham, penumpang-penumpang dapat melepaskan hajat dan melejangkan urat, nampak sangat mat-mat salleh ni suka sungguh dengan panas dan matahari. Minuman dan makanan dinikmati di tengah-tengah terik matahari, berbual-bual pun tengah panas, hisap rokok lagilah tengah panas lid-lid, tapi agak nyaman juga di kala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Inggeris.

Bangunan pusat membeli belah Harrods
Lebih kurang jam dua petang kami selamat sampai di stesen bas Victoria station dan dengan tambang teksi sebanyak 12 GBP, kami dibawa ke Malaysian Hall di Queensborough Terrace. Lepas makan, solat dan rehat kami terus berkunjung ke pasaraya terkenal Harrods. Selepas membeli oystercard (macam touch n go) kami naik tren dari stesen Queensway ke Knightsbridge.


Pengunjung Harrods bersesak-sesak untuk membeli belah
  Turun saja tren kelihatan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Harrods - berbagai-bagai jenis bangsa ada di situ, tapi yang ramainya tok-tok Arablah. Lepas shopping ala kadar, kami singgah di tempat peringatan Lady Di dan Dodi alFayed - innocent victims lah konon (of what?), siap dengan tong kotak derma lagi untuk foundation dia. What a good and worthwhile investment. Pandai depa exploit - shopping tourism. Hiss hebat sungguh.
Sempat juga shopping..........



Wednesday, August 11, 2010

SYUKUR YA ALLAH......

Mengenangkan bang long sudah selesai dan tamat belajar, terpanggil untuk kami mengadakan sedikit doa kesyukuran. Along sudah ditugaskan untuk menjemput rakan-rakan yang belum dijemput semasa di rumah Nik. Perkakasan alatan memasak sudah dipinjam dari Zul - periok besar, blender dan rice cooker besar. Petangnya, kami beli ayam dan ramuan lain, di kedai halal, juga sedikit barang di Tesco. Mama masak ayam madu, dalca ayam, nasi tomato dan sedikit keropok goreng - papa seperti biasa potong sayuran untuk saladlah konon.

Majlis bermula dengan sedikit ucapan, dari along - ucapan terima kasih menjadi sahabat handai merangkap keluarga, semasa senang maupun sewaktu susah. Tak lupa ucapan memohon maaf untuk segala silap dan salah, untuk segala keterlanjuran dan ketidaksengajaan yang barangkali juga tidak disenangi - semuanya pohon dimaafi. Akhir sekali jika masih ada terhutang di sana sini, insya Allah akan tetap dilunasi, sebelum berangkat pergi. Sungguh tersentuh hati. Dapat dirasakan sukarnya untuk meninggalkan suatu kehidupan yang sudah mendarah daging. Dapat dirasakan sayunya hati yang akan berangkat pergi dan yang akan ditinggal pergi. Namun kenyataannya berpisah itu benar, pulang ke tanah air benar dan kembali ke pangkuan keluarga itu juga benar. Kebenaran walau sepahit mana pasti ditelan jua - begitulah adanya dunia - dan begitulah yang akan dilalui sekali lagi oleh along dan rakan-rakannya.

Selepas ucapan ringkas, papa bacakan doa selamat, pohon kesejahteraan, dari yang Maha Esa untuk kesejahteraan semua - baik yang masih hidup atau yang telah mati. Selesai acara kami menikmati jamuan seadanya. Semuanya serba ringkas, tapi sungguh bermakna. Makan pun sungguh berselera - mungkin kerana cuaca sejuk dan nyaman. Tak ada buffet seindah hidangan di rumah atau buffet dalam majlis yang diaturkan dengan rapi. Tak ada juga pembantu yang melayan untuk majlis jamuan ini - tapi semua itu tidak penting, malah tidak bermakna apa-apa pun.

Yang sangat bermakna ialah perasaan yang dikongsi saat makan bersama, dalam satu majlis kesyukuran yang amat syahdu, yang amat touching, yang sangat menyentuh hati seorang ibu yang dapat menyelami perasaan anak mudanya sendirian , cuma bertemankan rakan taulan yang rapat untuk meneruskan kehidupan demi mencapai cita-cita. Dan kini semuanya akan berakhir, semuanya akan ditinggalkan, semuanya bakal menjadi kenangan abadi, penyeri hidup anak muda ini. Semuanya sangat mahal harganya, yang perlu dibayar dengan harga sebuah kehidupan yang tidak mungkin berulang lagi, - cuma memori indah dalam kenangan yang akan kekal abadi sebagai lambang persahabatan.......




Tuesday, August 10, 2010

MENJENGUK NIK

Mendapat jemputan untuk makan malam di rumah Nik sungguh menjadikan kami gembira. Awal-awal lagi kami sudah siap sedia. Kononnya mak Nik nak raikan kawan-kawan yang menjadi sanak saudara senegara, kawan-kawan seperantauan, kawan-kawan sama-sama susah senang di bumi tempat menuntut ilmu, tempat menimba pengalaman, tempat yang dapat mematangkan seorang remaja tanpa ayah ibu - sendiri-sendiri melalui jatuh bangun di negara orang, ditemani rakan taulan yang senasib. Terlanjur dijemput eloklah kami turut serta - dapat juga merasa macam mana budak-budak ni berkenduri - dengan segala kekurangan pun masih mampu berkenduri. Sungguh amat membanggakan, anak-anak muda yang kalau di rumah masing-masing, tahu makan kenduri, tapi di sini boleh membuat kenduri. Itulah bukti kekentalan hati dan pemikiran, yang terbina sepanjang mengharungi kehidupan sendiri-sendiri di perantauan. Itulah harga sebuah kehidupan yang terbina dengan penuh cabaran, pancaroba, keringat dan air mata. Itulah yang dinamakan pengalaman hidup, yang sebenarnya satu proses dilalui tanpa disedari - tapi telah ditakdirkan.

Tanpa kami duga, sedang menikmati angin dingin dalam perjalanan petang itu, kami terserempak pula dengan satu perarakan yang sungguh berwarna-warni, dan meriah dengan musik yang mengiringi pasukan yang berarak. Seronok pula, apa lagi kami posing bukan main lagilah dengan pasukan yang nampak menarik perhatian - macam-macam jenis pakaian, macam-macam jenis kostium, macam-macam jenis hiasan muka dan kepala. Kalau di Malaysia serupa dengan perarakan hari kebangsaan - tapi di sini nampak lebih meriah kot sebab setiap kumpulan ada bandnya sendiri.

Tersekat di perjalanan, maka lambatlah kami sampai, tapi masih in time. Ramailah juga rakan-rakan nik yang hadir, yang tuanya 3 orang - dua mak seorang ayah. tak apalah dapat juga kami meraikan nik yang akan pulang ke Malaysia - dapat jugalah berkenalan dengan rakan-rakan along yang kami pun tidak begitu familiar - tapi rasa sudah seperti agak biasa. Boleh berkenalan dengan Loh anak kelahiran Perlis, Syafikah, sepasang kekasih yang sudah lupa namanya dari Sabah, abu dan lain-lain lagi yang tak tersebutkan. Semoga mereka semua mendapat kesejahteraan dalam apa juga kehidupan akan dilalui. Amin

Sambil menikmati hidangan nasi yang enak rasanya, Papa nampaknya jadi penglipur lara, dan ada peminat sejarah pula. Dua orang anak muda, asyik dengan pelbagai soalan, untuk mendalami sejarah yang menjadi minat mereka - secara kebetulan pula. Nampak sungguh asyik dan tekun menghayati cerita-cerita - nampak malam semakin rancak dengan cerita sejarah. Elok juga anak muda memahami sejarah supaya ada rasa cinta yang lebih mendalam terhadap negara. Anak muda generasi inilah yang bakal menjadi pemimpin nanti, yang akan kami sandarkan harapan untuk kami tumpang berteduh bila kami tua kelak.

Perbincangan semakin hangat, malam semakin larut dan dingin. Namun malam yang semakin dingin dan mesra terpaksa ditinggalakan kerana kami pohon untuk berehat. Kami jemput semua yang hadir untuk kenduri kesyukuran di rumah along esoknya.


Thursday, July 8, 2010

HERE WE COME .......



Suara riang burung camar yang riuh rendah, meramaikan waktu pagi di Liverpool, seolah-olah menyambut ketibaan kami. Angin dingin waktu pagi bagai mengucapkan selamat datang kepada kami. Bangunan bata merah di sepanjang jalan masuk ke Liverpool bagi barisan penyambut tamu menanti dan meraikan kami. Jam 9.00 pagi waktu tempatan selamatlah kami berdiri di hadapan rumah tiga tingkat, milik anak muda kami untuk sementara dia masih menyewa.

21 Clarence Street

Pemandangan hadapan rumah Along dari tingkap

Pertama-tama masuk ke rumah, along menjamah KFC, oleh kerana kelaparan tak sempat dipanaskan, terus makan ayam yang sejuk itu. Kami pun terus makan nasi dengan ayam, kerana memang terasa lapar dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Selesai makan kami meluruskan belakang sekejap, selepas berbelas-belas jam duduk. Aduhai sangatlah rasa selesa berbaring melunjurkan badan yang sangat kepenatan, sambil bercerita dan bertanya khabar kerana lama sudah tidak berjumpa. Sedar-sedar kami sudah tidur dengan nyenaknya hingga ke tengah hari.

Lepas makan tengah hari dan solat zohor, mulalah ekspedisi meninjau-ninjau sekitar bandar, sebuah pekan yang nyaman dan aman, sebuah pekan yang unik, dengan bangunan klasik yang masih dipelihara, dan dijaga, dan diadunkan dengan pembangunan bangunan moden, menjadikannya sangat anggun dan mempesonakan.


Clarence Street menuju ke Pusat bandar

Menelusuri Clarence Street, kami berempat (termasuk Zul kawan along) menuju ke Church Street dan terus ke pusat bandar. Jalan raya tidak sesak, orang ramai berjalan ke destinasi masing-masing. Kami menyertai orang ramai yang berjalan-jalan di kawasan pedestrian walk.


Menikmati udara segar kota waktu petang

Musim panas ini banyak jualan murah di kedai-kedai dan pasaraya. Bukan itu saja, ramai juga orang pusing-pusing bersama keluarga, menikmati suasana segar kota, dan melayan anak-anak dengan aktiviti keluarga di dataran tengah kota.



Kelihatan kanak-kanak kecil besar berlari-lari di bawah pancutan air terjun dengan leka dan seronoknya, tanpa sedikitpun terasa sejuk, atau menggigil kesejukan. Air terjun terbuka di dataran itu, dihiasai dengan sajak tentang air di kelilingnya. Suasana dingin waktu petang di harmoniskan lagi dengan tiupan merdu pemain seksafon jalanan. Lagu-lagu klasik - antaranya sway dan qisas qisas menjadikan suasana petang terasa sungguh syahdu dan indah.



Pancutan air di tengah kota

Berjalan-jalan di bandar Liverpool, cuma sekadar seightseeing melihat-lihat kota, merakamkan gambar, apa yang menarik perhatian dan menikmati udara segar tepi laut yang mengasyikkan. Hari semakin petang menjadikan suasana semakin sejuk dek tiupan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Kami minum kopi untuk memanaskan badan sebelum balik. Kami juga seperti orang lain di Liverpool kebanyakannya mahu cepat-cepat balik untuk menonton world cup Spain lawan Holland. Sepanjang jalan ramai juga orang Spain menuju ke pub untuk menonton bola beramai-ramai, siap dengan bendera dan lain-lain benda yang melambangkan Perancis - warna rambut, cat muka, mufla dll.

Malamnya selepas tengok bola dan Spain menang 1-0, kami jemput Zul dan Shashi makan malam - ayam goreng, masak cabai sotong, salad dan tuna goreng black bean. Sebelum balik Shashi main gitar beberapa buah lagu dan along ikut Zul lepak-lepak dengan kawannya, sampai pagi baru balik.