Seawal pagi sudah ada pengunjung yang melawan arus kami, sudahpun membawa barang yang dibeli, untuk di bawa pulang dengan puas dan bangganya, kerana dapat dibeli degan harga yang murah.
Selepas memilih-milih dengan penuh minat dan teliti papa belilah juga beberapa keping peta yang ada kaitan dengan tema penulisannya. Dia sangatlah puas hati, dapat peta yang rare, dapat peta yang dicari-cari dan 'murah' pula tu. Sangat berbaloi, dia sangat gembira, mama pun suka.
Menariknya Portobello ni, macam pasar minggu di Malaysia. Bukan saja ada barang antik dan barangan terpakai, tapi barang-barang lain pun ada juga, dan makanan pun banyak - sayuran, buah-buahan, makanan masak dan juga minuman. Suasana dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan jalanan - silap mata, nyanyian solo dan kumpulan, pertunjukan akrobatik, serta permainan alat musik.
Along tak melepaskan peluang merakamkan video persembahan jalanan yang jarang dijumpai di Malaysia. Banyak sungguh koleksi video menarik yang dapat diabadikan untuk kenangan. Sedar tak sedar, kami sudah berjalan hampir jam 2.00 petang. Rasa letih dan lapar sudah mula terasa, jadi tak heranlah bila along jumpa gerai seafood Turki, dia cepat-cepat beli assorted fried seafood, dan makan dengan sedapnya. Kami sudah tidak mampu berjalan lagi, apabila sudah hampir jam 3.00 petang, jadi terpaksalah kami balik berehat seketika, untuk dapat berjalan lagi pada esoknya.
No comments:
Post a Comment