SENARAI BULETIN LINDUNGAN BULAN DAN KELOPAK JANTUNG
TAHUN |
BIL |
BULETIN/ SEMPENA |
PENGARANG KEHORMAT/PENGERUSI |
1990 |
1 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 35 |
BAHARUDDIN ABD MAJID/ En Hashim bin Maidin |
1991 |
2 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 36 |
W SHAMSUDDIN/ Dato Saad Endut |
1992 |
3 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 37 |
W SHAMSUDDIN/ Dato Ahmad Basri Mohd Akil |
1993 |
4 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 38 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ahmad Basri Mohd Akil |
1994 |
5 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 39 |
AHMAD FAUZI MOHD BASRI/ Dato Ahmad Basri Mohd Akil |
1995 |
6 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 40 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ahmad Basri Mohd Akil |
FEB 1996 |
7 |
KELOPAK JANTUNG (SUARA BICARA) MESYUARAT AGONG KE – 41 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ahmad Basri Mohd Akil |
SEPT 1996 |
8 |
LINDUNGAN BULAN SEMPENA KONVENSYEN SEJARAH KE-2, 29 – 30 SEPT 1996 (SEPANJANG 40 TAHUN PSMCK 1956 – 1996) |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ahmad Basri Mohd Akil |
1997 |
9 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE - 42 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ismail Hj Shafie |
1998 |
10 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE - 43 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ismail Hj Shafie |
1999 |
11 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE - 44 |
MOHD NOOR SALLEH Dato Ismail Hj Shafie |
2000 |
12 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE - 45 |
MOHD NOOR SALLEH Dato Ismail Hj Shafie |
2001 |
13 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE - 46 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ismail Hj Shafie |
2002 |
|
?? MA XX KE- 47 (tiada maklumat) |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ismail Hj Shafie |
2003 |
|
?? |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ismail Hj Shafie |
JUN 2004 |
16 |
LINDUNGAN BULAN SEMPENA MESYUARAT AGONG KE – 48 |
MOHD NOOR SALLEH/ Dato Ismail Hj Shafie |
MEI 2005 |
17 |
LINDUNGAN BULAN SEMPENA MESYUARAT AGONG KE – 49 |
PROF MADYA MOHD ISA OTHMAN/ Dato Ismail Hj Shafie |
SEPT 2006 |
18 |
LINDUNGAN BULAN KELUARAN KHAS PERAYAAN JUBLI EMAS/ MA KE-50 |
PROF MADYA MOHD ISA OTHMAN/ Dato Ismail Hj Shafie |
MEI 2007 |
??? |
KELOPAK JANTUNG – BIL 7 ??? SU - Ahmad Hambali Mohd Saad |
PROF MADYA MOHD ISA OTHMAN/ Dato Ismail Hj Shafie |
JUN 2007 |
|
KELOPAK JANTUNG – BIL 8 SU - Ahmad Hambali Mohd Saad |
PROF MADYA MOHD ISA OTHMAN/ Dato Ismail Hj Shafie |
JULAI 2007 |
|
K ELOPAK JANTUNG – BIL 9 SU - Ahmad Hambali Mohd Saad MESYUARAT AGONG KE-51 (tiada maklumat) |
PROF MADYA MOHD ISA OTHMAN /Dato Ismail Hj Shafie
|
MEI 2008 |
19 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 52 |
DR ZAHIDI ZAINOL ABIDIN/ Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2009 |
21 |
INDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 53 |
DR ZAHIDI ZAINOL ABIDIN/ Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2010 |
22 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 54 |
DR ZAHIDI ZAINOL ABIDIN/ Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2011 |
23 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 55 |
DR ZAHIDI ZAINOL ABIDIN Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2012 |
24 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 56 |
DR ZAHIDI ZAINOL ABIDIN Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2013 |
25 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 57 |
DR ZAHIDI ZAINOL ABIDIN Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2014 |
26 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 58 |
DR IBRAHIM BIN BAKAR Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2015 |
27 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 59 |
DR IBRAHIM BIN BAKAR Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2016 |
28 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 60 |
DR IBRAHIM BIN BAKAR Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2017 |
29 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 61 |
DR IBRAHIM BIN BAKAR/ Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2018 |
30 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 62 |
DR IBRAHIM BIN BAKAR/ Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2019 |
31 |
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE – 63 |
DR IBRAHIM BIN BAKAR/ Dato Wira Wan Shamduddin Mohd Yusoff |
2020
2021
2022 |
32 33 34
|
LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE-64 LINDUNGAN BULAN MESYUARAT AGONG KE-65
|
LEF
KOL MOKHTAR BIN MANSOR/ Dr Haji Ibrahim bin Haji Bakar LEF KOL MOKHTAR BIN MANSOR/ Dr Haji Ibrahim bin Haji Bakar DR MOHD KASRI SAIDON/ Dr Haji Ibrahim bin Haji Bakar |
Buletin Lindungan Bulan dan Kelopak Jantung keluaran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK)
Mengikut maklumat yang ada PSMCK pernah mengeluarkan buletin sejarah dinamakan Kelopak Jantung yang mula diterbitkan pada tahun 1990. Sudah pastilah orang yang terlibat dalam urusan penerbitannya ialah Pengarang Kehormat Persatuan. Sejak tahun itu PSMCK telah Berjaya menghasilkan bulletin sejarah Kelopak Jantung, bermula daripada Bilangan 1 hingga ke Bilangan 7 pada tahun 1996. Pada waktu itu keluaran Kelopak Jantung lebih berbentuk seperti newsletter atau surat siaran berita, yang diterbitkan sempena Mesyuarat Agong PSMCK, dan diedarkan kepada semua ahli yang hadir. Melaluinya dapat disampaikan laporan Mesyuarat Agong yang lalu, di samping dapat memuatkan berita dan aktiviti-aktiviti persatuan untuk makluman semua ahli.
Selepas itu, pada tahun 1996, PSMCK telah menerbitkan Buletin Lindungan Bulan pula, menggantikan Kelopak Jantung. Ia diterbitkan sempena Konvensyen Sejarah Negeri Kedah ke–2, pada 29–30 September 1996. Konvensyen ini bertujuan merayakan penubuhan PSMCK yang telah menjangkau usia 40 tahun, sejak ditubuhkan pada tahun 1956. Keluaran buletin sejarah Lindungan Bulan pertama ini telah berubah wajah berbanding Kelopak Jantung, kerana ia memuatkan beberapa artikel berkaitan sejarah di negeri Kedah. Kemudian pada tahun 1997 sempena Mesyauarat Agong ke-42, PSMCK terus mengeluarkan Buletin Lindungan Bulan menggantikan Kelopak Jantung untuk diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat.
Jika dilihat dari segi bentuk luaran pun, buletin Lindungan Bulan ini sudah berbeza daripada segi kualiti kertas dan teknik percetakan. Tambahan lagi isinya sudah disajikan dengan pelbagai petikan tentang sejarah. Sejak tahun 1997 sehingga kini, cuma pada tahun 2002 dan 2003 Buletin Lindungan Bulan tidak diterbitkan. Sehubungan itu pada tahun yang sama, maklumat mesyuarat agung pada tahun itu didapati tiada maklumat. Selepas itu Buletin Lindungan Bulan terus disajikan kepada ahli PSMCK setiap tahun. Sehingga kini pada tahun 2020 usia Buletin Lindungan Bulan sudah menjangkau lebih dua abad. Kini, Buletin Lindungan Bulan dikeluarkan setiap tahun untuk menjadi buah tangan kepada ahli-ahli mesyuarat agong.
Walau bagaimanapun pada tahun 2007 Buletin Lindungan Bulan tidak dikeluarkan. Namun terdapat keluaran Kelopak Jantung yang diterbitkan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Mei, Jun dan Julai. Tetapi Bilangan Kelopak Jantung iaitu Bilangan 7 didapati berulang bagi keluaran Mei, kerana Kelopak Jantung Bilangan 7 telahpun dikeluarkan pada tahun 1996. Dan pada tahun 2007 juga, maklumat tentang mesyuarat agong tidak dapat dikesan. Kelopak Jantung tahun 2007, kembali mengekalkan bentuk surat siaran berita yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Tetapi kualitinya agak kurang baik kerana ia diedarkan dalam bentuk helaian fotostat sahaja. Namun selepas itu pada tahun 2008 Buletin Lindungan Bulan yang lebih cantik dan padat isinya, hasil penulisan penulis-penulis kembali bersiaran sehinggalah tahun 2020
Sehingga sekarang ramai antara kita sudah biasa menatap Buletin Lindungan Bulan. Mengikut perlembagaan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) buletin mesti dikeluarkan oleh persatuan cawangan setiap tahun, sama ada sempena Mesyuarat Agong atau sempena Majlis-Majlis lain yang diadakan oleh persatuan. Jadi di samping pengeluaran bulletin semasa mesyuarat agong, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) pernah juga mengeluarkan Buletin Lindungan Bulan sempena Perayaan Sambutan Jubli Perak PSMCK pada tahun 2006. Alhamdulillah, kini pada tahun 2020, PSMCK telahpun menerbitkan Buletin Lindungan Bulan Bilangan Ke-32 sempena Mesyuarat Agong ke-64 yang telah di- dakan baru-baru ini. Syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya jua PSMCK terus dapat mengeluarkan bulletin yang menjadi suara PSMCK sejak dua dekad, yang lalu walaupun kini ia menghadapi cabaran dan saingan dengan media elektronik.
No comments:
Post a Comment