TARIKH: 13 JULAI 2018
MASA: 8.00 PAGI - 6.30
PETANG
PESERTA: 25
ORANG – 14 BUAH KERETA
BIL
|
NAMA
|
AGENSI
|
1
|
DATO’ DR WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSUF
|
PSMCK
|
2
|
DATO’ SERAJA WANGSA DATO’ HAJI SYED AZIZAN AL-EDRUS
|
PSMCK
|
3
|
DATO’ HAJI SHAARANI HAJI HASSAN
|
PSMCK
|
4
|
DR MOHD KASRI
SAIDON
|
PSMCK
|
5
|
SR DR ISMAIL MAAROF
|
PSMCK
|
6
|
DR HAJI IBRAHIM HAJI BAKAR
|
PSMCK
|
7
|
HAJAH RAHINUN HAJI MOHD NOOR
|
PSMCK
|
8
|
LT KOL MOKHTAR HAJI MANSOR
|
PSMCK
|
9
|
DR NOR ZAINI ZAINOL ABIDIN
|
PSMCK
|
10
|
SYAMSUL ANUAR ISMAIL
|
PSMCK
|
11
|
EN ROSIDI OMAR
|
PSMCK
|
12
|
EN ZAMRI ABD WAHAB
|
PSMCK
|
13
|
EN JAMIL HJ RAMLI
|
PSMCK
|
14
|
HAJAH SOPIAH RAMLI
|
PSMCK
|
15
|
HAFIZA HALIM
|
PSMCK
|
16
|
DATO OTHMAN L SAAD
|
PSMCK
|
17
|
WAN MOHD ALI WAN LONG
|
PSMCK
|
18
|
ZULKHIBERI MAT
|
MUZIUM
|
19
|
MOH HALINI MUSTAFA
|
MUZIUM
|
20
|
MOHD AKIFF AZHAR
|
MUZIUM
|
21
|
MOHD IRFAN ISMAIL
|
MUZIUM
|
22
|
ZAHIR SAMSUDIN
|
J. WARISAN NEG ZON KEDAH
|
23
|
MD FAZLI SHAHINOL BAHAR
|
J. WARISAN NEG ZON KEDAH
|
24
|
NURUL HIDAYAH ABD HAMID
|
PEMBERITA SINAR
|
25
|
SHANIKA ABD LATIB
|
PEMBERITA BERNAMA
|
25
|
NORAINI
|
JURU FOTO BERNAMA
|
ATURCARA:
MASA
|
AKTIVITI
|
8.00 PAGI
|
BERKUMPUL DI
PERKARANGAN PEJABAT PSMCK & SARAPAN PAGI
|
8.45 PAGI
|
TAKLIMAT
PROGRAM
|
9.00 PAGI
|
BERTOLAK KE
SUNGAI PETANI
|
10.30 PAGI
|
LAWATAN KE
TAPAK TINGGALAN NISAN BATU ACHEH DAN KESAN CANDI DI MASJID PERMATANG PASIR
|
11.30 PAGI
|
LAWATAN KE
TAPAK PERKUBURAN DI KAMPUNG BARU KOTA KUALA MUDA DAN KESAN TINGGALANKOTA
SUNGAI EMAS
|
12.30 TENGAHARI
|
LAWATAN KE TAPAK TINGGALAN NISAN BATU ACEH DI TANAH
PERKUBURAN KAMPUNG SUNGAI EMAS
|
1.00 TENGAHARI
|
BERTOLAK KE HOMESTAY IMPIAN PANTAI MERDEKA – MAKAN
TENGAHARI – REHAT – SOLAT JUMAAT
|
3.00 PETANG
|
LAWATAN KE TAPAK KESAN TINGGALAN KOTA BUKIT MERIAM
DAN TELAGA TINGGALAN
|
4.00 PETANG
|
LAWATAN KE TAPAK TINGGALAN NISAN PURBA KOTA BUKIT
MERIAM DI MASJID KAMPUNG SINTUK BUGIS
SOLAT ASAR
FORUM
SEJARAH KOTA BUKIT MERIAM DAN KOTA SUNGAI EMAS
MODERATOR:
DR
MOHD KASRI SAIDON
AHLI PANEL:
1.
SHEKH MOHAMAD
ZAKI
2.
SYAMSUL ANUAR
3.
DR IBRAHIM
BAKAR
MINUM PETANG
|
6.30 PETANG
|
BERSURAI
|
1. LAWATAN
MASJID PERMATANG PASIR
Selepas semua peserta seramai 25 orang berkumpul, Tuan
Syamsul mengadakan sesi taklimat di Pejabat PSMCK. Semua peserta bertolak pada jam 9.15 pagi
selepas minum pagi selesai. Seperti dalam jadual ahli rombongan tiba di Masjid Permatang Pasir pada jam 10.30
pagi disambut oleh seorang petugas, Encik Rasidi AJK PSMCK, dan beberapa
orang kampung. En Rasidi memberikan
taklimat tentang kubur-kubur yang telah dipindahkan ke situ. Perpindahan itu
berlaku apabila kerja-kerja projek pembinaan tebatan banjir dibuat di kawasan
Kota Kuala Muda. Banyak juga kubur yang dibawa tulang belulangnya, bersama
batu-batu nesannya berpindah ke kawasan kubur di perkarangan masjid Permatang Pasir
itu. Yang menjadi persolan di sini ialah
ada sepasang batu nesan setinggi paras
bahu dan sapasang batu nesan Aceh yang
dipindahkan ke situ. Batu nesan ini
menimbulkan tanda tanya, kerana
selalunya batu nesan jenis ini hanya digunakan kepada orang yang mempunyai
kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat. Barangkali batu nesan ini milik
pemimpin masyarakat atau ahli agama atau boleh jadi juga pembesar. Kajian
seterusnya akan dibuat lagi oleh team
kaji selidik PSMCK untuk mengenalpasti
batu nesan yang menimbulkan persoalan itu.
Selepas lawatan ke
kubur-kubur yang dipindahkan, kami dibawa ke kawasan bersebelahan kubur pula.
Di situ terdapat satu kawasan yang
memelihara batu-batu yang kelihatan tersusun seperti tapak binaan sebuah
bangunan, iaitu dipercayai tapak
bangunan purba atau candi. Malangnya kawasan yang telah berpagar itu tidak
terjaga, penuh dengan semak samun sehingga sukar untuk orang berkunjung untuk
melihat tapak bangunan purba itu. Dengan keadaan itu sukarlah untuk orang
membuat kajian atau datan melawat sebagai satu bahan sejarah tinggalan
masyarakat purba zaman dahulu. PSMCK telah membuat keputusan untuk
membincangkan tentang tanggung jawab untuk menjaga dan memelihara tempat
penting itu.
2. LAWATAN KE
TAPAK PERKUBURAN KAMPUNG BARU
Kemudian, semua peserta kajian bergerak ke Kampung Baru
Kota Kuala Muda. Pada mulanya difahamkan kami hanya akan lalu sambil melihat
sahaja kawasan itu, yang kini telah menjadi kawasan tebatan banjir. Dahulunya kawasan itu adalah kawasan
penempatan, yang sekarang ini semua
penduduk kampong itu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat daripada gejala
banjir dari Sungai Muda yang luas itu. Selepas melihat lanskap Kampung dan
mendengar taklimat daripada Shekh Mohamad Zaki, tentang perpindahan kubur dari
situ kami bergerak pula ke destinasi seterusnya, Tanah Perkuburan Kampung
Sungai Emas.
3. TANAH
PERKUBURAN KAMPUNG SUNGAI EMAS
Tepat jam Pukul 12.30 tengah
hari kami selamat tiba di Tanah Perkuburan
Kampung Sungai Emas. Kawasannya luas dan cantik rapi jagaanya dengan
rumputnya yang menghijau berkilauan disambar teriknya matahari. Tanpa
menghiraukan panas membahang, ahli rombongan meneliti batu-batu nesan yang ada
di situ. Tumpuan kami berfokus kepada 2 batu nisan Aceh, kerana batu Aceh ini
besar konotasinya kepada sejarah negeri Kedah. Barangkali ada kaitan dengan dua
orang Sultan yang memerintah di Sungai Emas yang sezaman dengan zaman
kegemilangan Aceh. Walau bagaimanapun kajian lanjut akan dibuat lagi untuk
dapat mengesan milik siapakah batu-batu nisan tersebut. Di samping itu terdapat
2 kuburan lain yang batu nisannya
tinggi setinggi dada. Ini pun suatu perkara yang memerlukan kajian teliti lagi
oleh team kajiselidik. Di salah satu batu nisan itu tertulis Tengku Ibrahim Ibni Tengku Bisnu. Ini pun menimbulkan persoalan juga kerana
tulisan yang tertera Tengku Ibrahin ini,
bukanlah anakanda Tengku Abdullah. Barangkali satu ekspedisi lagi perlu dibuat
untuk pencarian maklumat dan pengesahan
fakta.
Satu perkara yang menarik di
sini, tedapat lapisan susunan batu-bata
sedalam 4 kaki ke bawah, semasa proses menggali kubur dibuat. Ini
menimbulkan persoalan tentang kemungkinan adanya binaan dan ketamadunan sekitar 900 tahun dahulu.
Semua batu-bata yang dijumpai dihimpun di tepi perdu-perdu pokok kelapa. Di
samping batu bata terdapat juga batu jenis laterite yang dijumpai dan
dihimpunkan di beberapa tempat di kawasan perkuburan itu. PSMCK mencadangkan
akan membina bumbung untuk 2 kuburan batu nisan Aceh dan barangkali juga dua batu nisan besar yang ada di situ. Dan untuk
batu-bata pula dicadangkan supaya dibuat susunan di tempa-tempat yang sesuai
supaya dapat dilihat bagi tujuan penyelidikan dan pengkajian.
4. MAKAN TENGAH
HARI/ SOLAT
Kami berkonvoi 14 biji
kereta melalui jalan mini tar menuju ke Homestay Impian yang terletak di tepi pantai
Pantai Merdeka. Kami disambut dengan hidangan nasi putih berlauk kari ikan
temunung, ikan bakar, sambal sotong segar, sambal belacan, air asam dan pelbagai jenis ulam-ulaman. Minuman sejuk air lemon asam boi, menyejukkan
tekak kami, menghilangkan dahaga sepanjang perjalanan dari tempat-tempat kajian
di tengah terik panasnya matahari.
Alangkah nikmatnya rezeki Tuhan. Minuman yang enak dingin, makanan yang sedap
masih panas-panas sungguh merupakan suatu nikmat Allah yang tak terhinggakan,
Alhamdulillah syukur atas nikmatnya. Ditambah lagi dengan tiupan angin yang
menyamankan, memang kami menikmati nasi tengah hari dengan sungguh berselera.
Kami memberi ruang kepada
peserta lelaki untuk makan dahulu, kerana mereka ingin cepat ke masjid
menunaikan solat Jumaat, kemudian barulah diikut peserta wanita pula. Selesai
makan peserta wanita solat dan rehat sekejap di Homestay, dan selepas itu bersiap sedia untuk acara seterusnya
pula.
5. TAPAK KESAN
TINGGALAN BUKIT MERIAM
Jam 3 petang kami meneruskan
ekspedisi ke suatu tapak tinggalan Kota Bukit Meriam. Team kami berjalan masuk
ke lokasi lebih kurang 200 meter ikut denai yang telah ditebas untuk kami
meninjau ke situ. Kami dapat lihat kesan
susunan batu-batu di kaki bukit itu.
Barangkali itu tapak bagi apa-apa bangunan purba atau sebagai benteng
pertahanan daripada musuh, masih belum dapat dipastikan. Kajian akan dilakukan
lagi supaya dapat membuat tafsiran yang lebih menepati fakta sejarah silam di
Kawasan Bukit Merian itu.
Kemudian kami bergerak ke
satu lokasi lagi untuk melihat sebuah
telaga purba yang kononnya sudah berada di situ sejak sekian lama. Menurut
seorang informan di situ, sejak beliau
masih kanak-kanak sehinggalah kini,
telaga itu sudah lama wujud. Barangkali telaga itu adalah sumber air bagi masyarakat purba zaman dahulu. Jadi
kemungkinan kawasan itu merupakan kawasan penempatan masyarakat suatu masa
dahulu.
Kemudiannya kami bergerak
pula ke tapak tinggalan nisan purba. Kawasan itu milik persendirian Bekas Imam Tua Mesjid Kg Sintuk Bugis.
Menurutnya banyak nisan terdapat di situ dan kesemuanya telah dipindahkan oleh
Jabatan Agama Islam diketuai Tuan Sheikh Zaki, pada tahun 2017, ke tanah perkuburan
di Mesjid Kampung Sintuk Bugis. Salah satu daripada nisan itu bersaiz besar,
diperbuat daripada batu kawi, dan bentuknya unik. Jadi andaian awal team penyelidik
barangkali nisan itu milik Sultan Muazzam Shah, sultan negeri kedah yang
bersemayan di Kota Bukit meriam sekitar tahun 1136.
6. FORUM
SEJARAH KOTA BUKIT MERIAM DAN KOTA SUNGAI EMAS
Akhirnya kami ke Masjid Kg
Sintuk Bugis untuk melihat nisan yang unik dipindahkan ke situ dan mengadakan forum SEJARAH KOTA BUKIT MERIAM DAN
KOTA SUNGAI EMAS. Selepas solat asar
bersama penduduk tempatan, Forum dijalankan. Dr Mohd Kasri Saidin bertindak sebagai
Moderator, dan Ahli-ahli panelnya ialah Sptdn Shamsul Anuar, Dr Ibrahim Bakar
Langkawi dan Tuan Sheikh Zaki. Tanpa diduga kehadiran forum itu sungguh luar
biasa, sehingga tidak cukup kerusi. Hadirin wanita terpaksa duduk dilantai
untuk mendengar forum itu.
MODERATOR:
Dr Kasri menyatakan kedatangan PSMCK adalah untuk tinjauan awal tentang makam
yang dijumpai. Kajian lanjut akan dilaksanakan untuk mengumpul dan mendapatkan
fakta-fakta. Daripada fakta yang diperolehi barulah akan dibuat apa-apa hipotesis tentang jumpaan dengan merujuk
kepada pakar-pakar dalam pelbagai bidang.
PANEL 1:
Tuan Sheikh Zaki menerangkan bahawa pemindahan kubur ini banyak dilakukan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Selalunya pemindahan dibuat atas beberapa
sebab seperti pelaksanaan pembangunan, permintaan keluarga, permintaan tuan
tanah dan sebagainya lagi. Dalam hal nisan yang ditemui dan dipindahkan ke Kg
Sintuk Bugis ia dibuat dalam tahun2017 lagi, dan ekpedisi itu diketuai oleh
Tuan Sheikh sendiri.
PANEL 2:
Sptdn Syamsul Anuar menerangkan tentang jenis-jenis batu nisan meniti zaman.
Pengetahuan ini penting supaya penduduk tempatan mempunyai maklumat apabila
mereka menemui sebarang temuan batu nisan di kawasan sekitar kampung mereka.
Dengan pengetahuan asas itu mereka dapat membantu PSMCK untuk dapat menyalurkan
maklumat-maklumat penting yang akan
membantu memelihara unsur-unsur sejarah yang ditemuI.
PANEL 3: Dr
Ibrahim Bakar Langkawi menyentuh tentang lanskap Bukit Meriam dan Sungai Emas
yang merupakan kota pemerintahan iaitu bersemayamnya 3 orang Sultan Kedah,
seperti yang tercatat dalam Kitab Attarikh Salasilah Negeri Kedah Darulaman.
Sebelum ini tidak pernah ditemui dan tidak lagi dapat dikesan Langgar Bukit
Meriam dan makam ketiga-tiga orang Sultan. Makam yang diisytiharkan di Kota
Kuala Muda sebagai makam Sultan Muzafar Shah, masih lagi dalam perbincangan
kerana batu nisannya berbentuk batu Aceh yang kurang menepati cici-ciri batu
nisan zamannya, kerana batu Aceh yang lebih moden, tidak melambangkan zaman
pemerintahan Sultan Muzafar Shah yang memerintah sekitar tahun 1137 M. Oleh kerana itu barangkali kawasan kuburan
yang dijumpai barangkali ialah kawasan Langgar Bukit Meriam, dan batu nisan
yang dijumpai itu barangkali makam Sultan Muzafar Shah. Walau bagaimanapun
hipotesis ini masih perlu diteliti fakta dan kebenarannya oleh pakar-pakar
dalam pelbagai bidang iaitu bidang sejarah, arkeologi dan saintifik.
7. JAMUAN DAN
BERSURAI
Selesai forum, juru acara
mengucapkan terima kasih kepada team kaji selidik PSMCK kerana sudi datang ke
Masjid Kg Sintuk Bugis dan memberikan maklumat tentang sejarah batu nisan yang
tidak pernah mereka tahu sebelum itu, kerana kurang maklumat dan ilmu tentang
sejarah. Mereka berharap jika sesuatu maklumat telah dikenal pasti, dan batu
nisan itu milik orang penting, mereka berharap PSMCK akan membantu mereka dalam
membuat pemuliharaan dan menjaganya sebagai
legasi sejarah yang besar bagi negeri Kedah. Buat masa ini mereka akan menjaga
batu nisan itu dengan baik supaya ia akan menjadi bahan sejarah untuk
peningkatan jati diri dan keunikan sejaran negeri Kedah.
Selepas tamat forum, kami
disajikan minum petang oleh Jawatan Kuasa Kampung dan JK Masjid. Menunya bihun
goreng, kuetew goreng, roti jala kuah durian, pisang bunga dan minuman sirap
dan air mineral. Pihak PSMCK amat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan
oleh penduduk Kampung itu. Antara JK Kampung
dan penduduk kampong yang terlibat telah diberikan sijil penghargaan
seperti berikut:
BIL
|
NAMA
|
BIL
|
NAMA
|
1
|
ABD RAZAK BIN AHMAD
|
14
|
ABD HALIM BIN REJAB
|
2
|
MOKHTAR BIN JAMALUDDIN
|
15
|
MOHD SOBRI BIN SHARIF
|
3
|
NORIZAN BIN HANAFI
|
16
|
BAZILI BIN MAHMUD
|
4
|
BAKRI BIN SHAARI
|
17
|
SABRI BIN KHALID
|
5
|
AHMAD BIN ABD RAHMAN
|
18
|
MOHD NAZERI ARIFFIN
|
6
|
ROSLI BIN YAHYA
|
19
|
MOHD FAUZI BIN ABU BAKAR
|
7
|
ZAINOL BIN HASHIM
|
20
|
ZULSEKRI BIN HAMZAH
|
8
|
BAHARI BIN HAMZAH
|
21
|
MOHD FARHAN BIN MOHAMAD
|
9
|
ISHAK BIN DESA
|
22
|
MOHD NOOR BIN NASEH
|
10
|
HAJI RAMLI BIN MAT
|
23
|
MURZI BIN RAMLI
|
11
|
SALLEH BIN ABDULLAH
|
24
|
KU ABDUL SAMAD
|
12
|
MOHD KHAIRI BIN YAHYA
|
25
|
JALALUDDIN BIN MD RADZI
|
13
|
BASHARUDDIN BIN BAHRI
|
26
|
PUAN CIK SIAH BINTI BAKAR
|
Selepas bergambar kenangan
kami bersurai jam 7.20 malam.
DISEDIAKAN
OEH: HAJAH RAHINUN MOHD NOOR
No comments:
Post a Comment