LAWATAN KAJI SELIDIK KE BANGKOK: 15 – 20 OGOS 2016
Sesungguhnya Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) amat bersyukur kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, pasukan kajiselidik telah berjaya untuk bergerak ke Bangkok
seperti yang telah diaturkan. Perjalanan
ahli rombongan seramai 13 orang mula bertolak ke Lapangan Terbang Hatyai, dari
Muzeum Negeri Kedah tepat jam 2.30 petang.
Rombongan diketuai Dato Wan Shamsuddin Pengerusi PSMCK, dan Pengurus
Projek Kajiselidik ke Bangkok ialah Dr Kasri Saidon, dibantu oleh setiausaha Hairul Reazuan Asmayadi yang cekap dan penuh
dedikasi. Ahli-ahli lain termasuklah Pengarah Muzeum En Suhadi Shukri, dan
pembantunya Zulkhiberi Mat. Seterusnya Dr Ibrahim Bakar, Dato Shaarani Hassan, Mohd
Firdaus Abu Bakar, Sopiah Ramli, M Jamil Ramli, Amirah Rifhan Ahmad Tajudin,
Lokman L. Isa dan Rahinun Mohd Noor.
|
Selesai Urusan Imigresen di Danok |
Kemudian lebih kurang jam 4.00
petang, semua kami melepasi sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam dan Danok,
dengan mudah dan pantas, dibantu oleh Che Man pemandu van dari Satun. Seterusnya perjalanan dengan van pun cepat ke airport sebab Che Man mengambil jalan pintas. Kami
dapat ‘check-in’ tepat pada masanya, tapi penerbangan ‘delay’ hampir setengah
jam. Jadi dapatlah kami menikmati makan malam yang dibekalkan dengan agak
santai dan menyelerakan.
|
Lapangan Terbang Hatyai dihiasi indah dengan gambar 'Queen' sempena Hari Ibu |
|
Menulis Ucapan Hari Ibu untuk Queen |
Penerbangan dari Hatyai ke
Bangkok dengan pesawat Thai Smile mengambil masa 1 jam 10 minit. Jadi dalam
pukul 10.00 kami sudah tiba di sana. Kami sungguh gembira kerana ketibaan kami
disambut oleh Tuan Ramli seorang petugas di FICT, yang akan bersama kami
sepanjang 6 hari nanti. Tapi pergerakan kami yang kebanyaknya warga emas agak
lambat. Begitu juga urusan mengambil bagasi juga sangat lambat, lebih kurang sejam baru semuanya selesai.
|
Selesai mengambil bagasi di Swarnabumi Airport Bangkok |
Jadi kami hanya boleh menaiki teksi ke hotel sejam selepas itu. Kami tiba di Hotel Royal
Rattanakosin, Khausan, sebuah hotel terkenal di Bangkok terletak di No 2, Jalan Rajdamnern Avenue, sejak lebih 50 tahun yang lalu,
sudah agak lewat tengah malam sebab, terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang
teruk di Bangkok. Walau bagaimanapun lebih kurang jam 1 pagi, kami semua telah
mendapat bilik masing-masing dan dapatlah berehat untuk mengumpul tenaga bagi
pergerakan seterusnya di esok hari.
|
Tiba di Hotel Royal |
No comments:
Post a Comment