Penolong Kanan HEM dan Guru Kanan Sekolah Kanchai Kampholanon dalam perbincangan awal. |
Sekolah
Sadao Khanchai Kamphalanon Anusorn, Thailand, telah membuat lawatan ke SMKSB, sebagai salah satu langkah ke arah program pengnatarabangsaan bagi kedua-dua buah sekolah. Rombongan dari
sekolah ini terdiri daripada 41 orang pelajar dan 12 orang guru, termasuk Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
Guru Kanan Bahasa Inggeris.
Tujuan lawatan ialah sebagai mengeratkan hubungan
dua hala antara kedua-dua buah sekolah. Sebelum tarikh lawatan Guru Kanan sekolah
tersebut telah membuat lawatan tapak bagi membincangkan program yang akan
dilaksanakan pada hari tersebut. Jadi kedu-dua pihak bersetuju melaksanakan
program yang boleh memberikan faedah kepada kedua pihak (win-win situation).
Antara program-program yang telah dipersetujui bersama ialah program berbentuk
kebudayaan seperti:
1. Permaianan traditional (congkak dan
batu seremban)
2. Persembahan kebudayaan traditional
(tarian, nyanyian solo dan bercerita)
3. Makanan traditional (ketupat, rendang,
kuih Loyang, kuih siput, rempeyek, peneram dan nasi impit)
4. Sing
Along Program dan aktiviti Bahasa
Inggeris
5. Kraf Tangan Kedua-dua Negara Malaysia
dan Thailand
6. Pakaian Traditional bangsa Melayu ,
China, India dan Panjabi
7. Pertandingan
Sukaneka pelajar kedu-dua buah
sekolah.
Semua program yang dirancang telah dilaksanakan
menggunakan medium Bahasa Inggeris atas persetujuan bersama. Hal ini kerana
tujuan lawatan pelajar dan guru dari Negara jiran itu bertujuan untuk meninjau
kecemerlangan penguasaan Bahasa Inggeris di
Malaysia amnya dan di SMK Sultanah Bahiyah khususnya. Ini bertujuan
meningkatkan pengalaman dan pengetahuan mereka tentang teknik-teknik pemupukan
penguasaan Bahasa Inggeris yang digunakan di SMKSB untuk diaplikasikan di
sekolah mereka bagi peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar
mereka.
No comments:
Post a Comment