Wednesday, July 21, 2021

SAYUUUU DAN KELIRUUUU

Hari ini 11 Zulhijjah 1442, hari raya kedua aidil adha , hari tasyrik. Di tv Alhijrah Kaabah  kelihatan sunyi. Cuma rakyat Saudi dan warga asing yang tinggal di Arab Saudi saja yang boleh menunaikan ibadat haji musim ini. Tahun ini kami rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji. Alangkah sedihnya tidak dapat menjadi tetamu Allah lagi. Entah bilalah kami boleh dijemput ke sana lagi ya Allah. Ya Allah kami  telah berlaku zalim, ya Allah, kami kurang bersyukur, ya Allah, kami ini kurang dekat denganMu, ya Allah. Ampuni kami ya Allah, jika kerana dosa-dosa kami Engkau turunkan musibah sebagai peringatan, ampuni dosa-dosa kami ya Allah. Jika kerana kelalaian kami, Engkau turun musibah covid 19 ini, kami pohon ampun dari sedalam-dalam hati kami. 

Ya Allah. Tiada tempat untuk kami mengadu, tiada tempat untuk kami menumpang harap, hanya padaMu ya Allah. Kasihanilah kami tolonglah kami ya Allah. Tolonglah angkat wabak covid ini daripada kami. Kami rindu anak cucu kami. Kami rindu untuk mengaji bersama, sembahyang bersama, makan bersama dan bermain bersama. Kami mohon kembalikan kepada kesihatan dan kesejahteraan dengan rahman dan rahim Mu kepada kami. Aamin ya Robbal aalamiin. 

Thursday, July 1, 2021

PKP, PKPD, PKPB,

Sejak mac 2019 apabila bermulanya PKP hingga sekarang, kami masih patuh arahan kerajaan, 'Stay at home' tapi kes jangkitan tak turun-turun juga sampai ke hari ini.Kami sudah lama jaga SOP. Pergi ke kedai untuk beli barang keperluan apa yang perlu saja. Kami jaga jarak, ukur suhu, bersih tangan, mengelakkan tempat tertutup, tidak bersembang, dan tidak bersalaman. Ya Allah kami dah buat segalanya, Engkau saja yang maha mengetahui. Ampuni dosa kami ya Allah. Kami banyak dosa ya Allah. Angkatlah wabak ini jauh-jauh dari kami. Sesungguhnya melakukan yang susah itu amat mudah bagiMu, kerana Engkau membuat sesuatu dengan hanya katanya, "Kun", jadi maka jadilah.

Friday, June 18, 2021

Terkenang-kenang

 

Dalam perjalanan melewati sekolah tempat kerja dahulu, dirasakan amat sunyi. Dulu jalan ini menuju ke sekolah setiap pagi sarat dengan kenderaan, sejak awal pagi hingga ke petang. Pagi kenderaaan berpusu-pusu, waris menghantar anak ke sekolah. Tengah hari dan petang  mereka datang menjemput pulang anak dari sekolah pula.

Terbayang suatu hari di awal pagi seeorang waris menggertak marah-marah. "Saya nak repot dekat KPM kenapa cik gu mula sekolah sebelum 7.40 pagi. Tak payahlah cikgu baca Yaasin jam 7.20. Menyusahkan saya, anak saya nangis-nangis minta saya cepat dan minta dihantar dia dulu ke sekolah, takut cik gu marah dia sampai lambat, tak sempat baca yaasin."

Terkedu, terkejut dan bingung seketika. Marah kesal dan sengal pun ada. Maha suci Allah, sesungguhnya Allah itu maha pengasih, maha mengetahui dan maha halus tadbiranNya. Sekarang ibu bapa tak payah tergesa-gesa hantar anak ke sekolah. Tak payah fikir-fikir siapa perlu hantar dulu dan siapa dihantar kemudian. Sekarang tidak perlu marah-marah pada cikgu lagi. Tak perlu  tak puas hati lagi dengan tidak tanduk cikgu, suruh datang awal dan suruh baca yaasin. Sekarang emak bapa boleh senang-senang hati dengan dengan tenang berada di rumah bersama anak. 

Syukur Alhamdulillah, Allah menolong kita semua. Sama-samalah duduk di rumah bersama anak-anak. Bersyukurlah dengan takdir dan ketentuan Allah kepada kita. Kepada cikgu selamat mengajar dari rumah, semoga kita semua dalam jagaan Allah insyAllah. Aamiin.

Monday, June 14, 2021

JEMPUT KAMI

 

Musim PKP yang sudah masuk ke tahun yang kedua ini sejak 2019 hingga ke 2021, menjadikan semua umat Islam merindui Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah. Sudah dua tahun umat Islam tidak dapat menunaikan haji dan umrah. Untuk menghilang rindu berada di masjili haram, setiap waktu azan berkumandang, mesti diambil peluang melihat suasana  Kaabah di tv AlHijrah,  apabila masuk waktu sembahyang. 

Tahun sudah, tahun1441 jemaah haji luar tidak dibenarkan masuk mengerjakan haji. Tahun ini juga tahun 1442, kenyataan telah dikeluarkan tiada jemaah haji luar dapat menunaikan haji musim ini. Alangkah sunyi dan sayunya umat Islam tidak dapat menjadi tetamu Allah. Masjidil Haram yang luas lengang kerana ketiadaan pengunjung yang bertamu ke rumah Allah. Yang berpeluang tawaf hanyalah orang tempatan saja, jadi tidaklah semeriah waktu-waktu lain. Sunyi dan sayu amat terasakan. 

Ya Allah  yang maha berkuasa lagi maha pengasih, Engkau angkatlah wabak covid 19 ini daripada kami, ya Aziz.  Kami ini banyak dosa ya Allah, ampuni dosa kami ya Allah, kami ini zalim ya Allah redha ke atas kami ya Allah. Sesungguhnya tiada daya upaya kami berbuat nkebaikan melainkan hanya dengan kekuasaanMu dan tiada daya upaya kami berbuat kejahatan melainkan dengan kekuasaanMu jua. Ampunlah kami dan kasihilah kami ya Allah ya Rahman  ya Rahiiim. AAmiin.

Sunday, June 13, 2021

ANUGERAH SALLEH KHIR KSAH

 

Dr Danial berbaju kuning bersama keluarga
 

Semasa Haji Morazuki menjadi Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid sekitar tahun 2000, beliau banyak mengusahakan pemberian Anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM. Beliau dengan sungguh-sungguh bertongkos-lomos menjadikan anugerah-anugerah tersebut berprestij sehingga setiap orang pelajar yang mendapat anugerah berasa sungguh bangga mendapat sejumlah wang yang besar sebagai sumbangan dan penghargaan kepada kecemerlangan pelajar. Untuk itu sudah pastilah ia  dikenang sampai bila-bila oleh penerima Anugerah.

Di hari perkahwinan adik bongsunya
 

Salah satu anugerah ialah Anugerah Salleh Khir. Mininjau sejarah ringkas beliau, Md Salleh Khir bin Bahari adalah anak seorang ulama, berasal dari Setul dan membesar di Kedah. Beliau bersekolah di KSAH kemudian bekerja di Kolej. Satu pertiga daripada usianya dihabiskan di persekitaran Kolej sejak tahun 1936 sehingga tahun1951. Beliau juga pernah menjadi penghuni asrama Kolej. Pengalaman sebagai seorang yang berdikari inilah yang membentuk personalitinya sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan walaupun berada di perantauan jauh daripada ibu bapanya di Setul. Selepas bertuga sebagai guru beliau menjadi seorang Nazir.  Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan  dan menjadi seorang pendidik  dan pemimpin yang disanjung dan dihormati.  Beliau sangat mementingkan kecemerlanga akademik semasa hidupnya yang banyak berkecimpung dalam bidang pendidikan sebagai guru dan Nazir sekolah. Oleh sebab itulah warisnya mewujudkan satu anugerah kepada pelajar akademik di KSAH.

Bersama ibu dan 2 orang adiknya

Anugerah yang diwujudkan  ialah Anugerah Salleh Khir yang mula diberikan kepada pelajar cemerlang PMR dan SPM bermula pada tahun 2000. Anugerah ini diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, kerana penguasaan yang mantap dalam ketiga-tiga mata pelajaran itu akan mempengaruhi kecemerlangan dalam subjek lain. Anugerah ini ditaja oleh anak sulung Md Salleh Khir, iaitu Yang Berbahagia Dato Shamsul Bahari.

Alangkah bertuahnya, tercatat dalam sejarah, penerima  sulung  Anugerah Salleh Khir PMR itu diberikan kepada Danial Fa-iz bin Ibrahim. Beliau merangkul semua A dalam PMR kemudian dianugerahkan sijil penghargaan dan hadiah wang tunai berjumlah  RM 700. Sebelum ini semasa di sekolah Kebangsaan Taman Uda, dia yang merupakan Ketua Pelajar, menerima Anugerah Pelajar Cemelang Tahun 6 kerana mendapat semua 5A. 

Dr Danial bersama ayahanda Dr Ibrahim
 

Memang amat sesuailah keluarga Salleh Khir memberikan anugerah sebagai penghargaan kepada kecemerlangan pelajar di peringkat Tingkatan 3 untuk perangsang kepada pelajar. Keluarga Allahyarham sudah pasti mengharapkan anugerah yang diberikan dapat merangsang pelajar untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademik. Alhamdulillah Danial Fa-iz sekarang ini telah berjaya menjawat jawatan Doktor, dan sedang bekerja di sebuah hospital kerajaan ketika ini. 

Selepas Tingkatan 3 di KSAH Danial melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. Di sana dia masih meneruskan kecemerlangan semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Akhirnya muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang yang berjaya mendapat A dalam semua 9 mata pelajaran. Dia ditawarkan tempat di Matrikulasi  UIA, tapi ditolaknya peluang itu. Dia mengharapkan untuk dapat sambung belajar International Barcalaureatte (IB) di Kolej MARA Banting, untuk persediaan ke luar negara. 

 

Dua Tahun di Kolej MARA, dia tamat dengan mencapai  kecemerlangan mendapat pointer 3.99. Jadi dia dipanggil temuduga dua Universiti iaitu Universiti Glassgow dan Liverpool. Akhirnya dia memilih untuk terbang ke Liverpool, mengikuti pengajian Perubatan. Selepas bergelar Doktor dia balik bekeja sebagai Doktor di Pusat Perubatan UKM. Kemudian dilantik menjadi Pegawai Perubatan di Klinik  Kesihatan di Batu Rakit, Terengganu. Lepas itu bertukar ke Hospital Shah Alam dan menumpang di Hospital Sungai Buluh,  sebelum Hospital Shah Alam siap pembinaannya. Kini dia sedang menjalani latihan untuk menjadi Doktor Pakar dalam bidang Orthopedik di Hospital Kelang.

Alhamdulillah, dengan kejayaan itu sudah pasti keluarga Allahyarham Salleh Khir akan turut berasa bangga, kerana impian mereka menjadi kenyataan. Kejayaan Danial Fa-iz pasti menjadikan keluarga allahyarham   berbangga dengan pencapaian pelajar yang pernah diberikan anugerah itu. Alhamdulillah. Gambar di atas Dr Danial Fa-iz bersama isteri dan anaknya.




MANFAAT BESAR

 

Seorang teman post satu posting di whatsapp. Terima  kasih mengingatkan, semoga memberi manfaat. Nabi Mohamad saw mengingatkan umatnya, orang yang berpagi-pagi mendapat manfaat yang besar. Ingin dikongsikan di sini suatu amalan yang mudah, tapi pahalanya besar. Nabi saw pernah bersabda, semasa di akhirat nanti semua pahala akan datang kepada kita untuk membantu kita. Namun semua pahala akan di halau oleh malaikat, kecuali pahala membaca Al-Quran di awal pagi sebelum sembahyang subuh, dia tidak berganjak sedikit pun. 

Ada pun pahala membaca quran sebelum subuh itu besar fadhilatnya. Dia akan menjadi pendinding kita. Dia akan menjawab pertanyaan malaikat terhadap kita, menjadi saksi kepada kita dan membantu kita di waktu tiada sorang pun boleh membantu kita, pada waktu itu. Jadi marilah kita memperbanyakkan membaca Quran sebelum masuknya waktu subuh. Kalau tak sempat membuka mashaf, bacalah apa yang ada di dalam dada, waima surah al-ikhlas sekali pun, sudah memadai. Asalkan setiap hari kita tidak melepaskan peluang mebaca quran sebelum sembahyang subuh. Wallaahu aklam bissaawab.

 

Friday, June 11, 2021

BIBIK OH BIBIK

 

Tanggal 7 jun 2021 genaplah sebulan bibik baru Musnaini  namanya, dari Acheh duduk di rumah aku. Dia asal dari Lok Semawe Acheh . Katanya umur 48 tahun, lahir 14 Febrauari 1973, ada anak tiga orang, dua perempuan seorang lelaki: Milda, Lisda dan Rizqi. Milda sudah berkahwin belum tamat belajar, punya anak satu, Redza. 

Katanya ini kali kedua berhijrah kerja di Malaysia. Kali pertama datang pada tahun 2003 dan balik pada tahun 2008. Katanya masa tu anaknya masih kecil dan dia diperlukan untuk keselamatan anak-anak yang sedang membesar. Selepas itu anak dah besar dia tekad lagi untuk datang mencari rezeki di sini dalam tahun 2018. Kali pertama dia kerja jaga baby.  Datang kali kedua, dia kerja jaga orang tua yang sakit. Dua tahun dia menjaga orang tua sakit yang sering berubah-rubah tempat, ikut giliran anak-anak yang menjaganya. Dia pernah di Langkawi, pernah di bawa  ke Pahang, kemudian lama juga berada di Kulim dan akhir sekali dia menamatkan perkhidmatannya di Sungai Petani. Tamat tempoh dua tahun dia tak mau sambung lagi sebab katanya teruk dibawa ke sana kemari. Lagi pun katanya dia terpaksa buat semua kerja di rumah yang  dia dibawa pergi bersama orang tua yang dijaganya.

Dia balik ke rumah agen kerana PKP sekarang ini dia tidak boleh balik ke Indon. Sementara menunggu majikan baru dia menumpang di rumah emak agent. Kemudian rezekinya ada orang cari pembantu untuk menjaga emak yang sakit teruk tak boleh bergerak. Dia pun bertukar majikan tapi kerjanya di Sungai Petani juga. Dua bulan di situ, oleh kerana emak mereka semakin tenat dia dibawa balik ke Changlun, tinggal di rumah emak mereka di kampung. Cuma dia dan orang tua yang tenat itu di rumahnya di kampung itu. Amat malang baginya, selepas sebulan orang tua itu meninggal. Dia terpaksa balik ke agent semula, sebab majikan dah tak mau dia bekerja kerana emak mereka sudah meninggal.

Pada waktu itu aku sangat-sangat mengharapkan ada seorang bibik buat membantu menjaga emak yang sudah 6 tahun tidak boleh bergerak. Agent meminta bayaran sebanyak RM 7000. Alangkah mahalnya, kenapa mahal sangat?. Dia bukan perlu pergi ke Indon pun untuk cari bibik. Tapi begitulah keadaannya, bila kita terdesak orang mengmbil kesempatan ke atas kita. Selepas persetujuan dan mendapat kata sepakat, bibik di hantar kepadaku. Aku perlu bayar RM 7000 kepada agent, dan aku akan membayar gaji kepada bibik sebanyak rm 1300 sebulan. Papa nampak macam kurang setuju, tapi oleh kerana mama meminta sungguh-sungguh, papa terpaksa  akur saja. Maka bermulalah era baru membela bibik di rumah.

Hari pertama aku ajarkan bagaimana membersih emak dan bagaimana bagi makan minum kepada emak. Bolehlah asal jangan tiada. Hari demi hari dia makin lebih baik. Mula-mula mak tak mau bagi kerjasama, susah juga hati. Kadang-kadang terfikir dia kah tak mau jaga mak, sebab aku nampak macam dia buat sambil lewa saja. Setiap hari aku pujuk mak supaya bagi bibik basuh dan lap mak setiap pagi. Aku bagi mak faham dan bibik faham, kalau tak jaga mak, bibik tak boleh kerjalah sebab aku nak dia jaga mak. Kerja lain hanya bolehn dibuat selepas urusan emak semua sudah selesai. Lepas seminggu nampak lebih baik. Mak dah tak revenge, dan bibik pun cuba sesuaikan dengan mood mak. Alhamdulillah.

Pada saat ini sudah lebih sebulan, bibik dah boleh uruskan mak dengan agak baik dan tunggu mak waktu maghrib hingga mak tidur jam 10 malam. Bilik dah bantu buat kerja rumah, sapu sampah, mop lantai, lap-lap habuk di mana yang perlu. Dia juga bantu siram pokok, jaga pokok-pokok bunga dan juga basuh lantai dan basuh kereta. Dia suka masak, sebab dia takut masakan aku dia tak boleh makan konon. Aku nampak macam dia nak makan sedap-sedap saja. Kadang-kadang aku makan lauk yang diperhangat lebihan kelmarin. Dia masak lauk masak lemak daging. Aduh specchless. Aku tengok dulu.

Bila aku masak aku pelawa bagi dia rasa. Selalu aku ingatkan supaya dia rasa dulu kalau dia lalu makan baru ambil. Aku selalu kata dia tak lalu aku masak. Jadi bila aku masak sedap-sedap dan special, aku  kata kamu tak nak, kamu tak lalu kan? Dia cepat-cepat bagi tau dia nak cuba rasa. Dia teruja tengok masakan aku. Aku tau dia suka makan masakan aku, nampak sedap dan dia selalu minta nak rasa. Biar dia tahu langit tinggi rendah. Selepas sebulan bila aku masak dia dah tak masak lagi, sebab dia rasa masakan aku lebih mengancam.