DAY 11-12: 22-23APRIL 2018: AHAD-ISNIN
ZEGREB (CROATIA) - LJUBLJANA (SLOVENIA) - ISTANBUL - KUALA LUMPUR
penghujungnya, hari yang terakhir berada di negeri Balkan ini. Sekejap lagi selepas sarapan, kami akan bertolak untuk melawat ke negara terakhir dalam rangka kami, negara Slovenia. Kami akan ke ibu negerinya Ljubljana, untuk lawatan singkat sebelum ke Lapangan terbang, untuk berlepas pulang ke tanah air yang kami cintai. Walau bagaimanapun setiap jemaah masih tetap nampak bersemangat dan ceria
Kelihatan ramai ibu bapa naik basikal bersiar-siar bersama anak-anak kecil dan besar, di sekitar dataran itu sebagai aktiviti keluarga. Alangkah bahagianya melihat keharmonian keluarga yang terpamer di hari minggu itu.
dapat lihat perbezaan sosio-ekonomi penduduk, norma masyarakatnya dan budaya mereka di situ dengan jelas melalui bangunan-bangunan dan rumah-rumah kediaman mereka. Selesai makan tengah hari kami diberi masa sehingga jam 4.00 untuk aktiviti bebas. Jadi ada yang minum-minum kopi, ada yang terus shopping dan ada yang berehat-rehat sementara menghabiskan masa yang terluang.
Dalam perjalanan itu, masing-masing jemaah diam melayan fikiran masing-masing, sambil berehat dan menikmati pemandangan yang mempesonakan, yang bakal kami tinggalkan beberapa jam saja lagi. Di kiri kanan jalan kawasan bukit bukau kelihatannya masih bersalji lagi. Menurut Liere banjaran itu merupakan pergunungan yang memisahkan negara-negara Balkan dengan Itali. Ia kelihatan putih dan gebu lagi mempesonakan. Sungguh amat besar ciptaan Yang Maha Kuasa supaya dapat dinikmati keindahan sebagai tanda kebesaranMu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim. Dengan rasa syukur semua kami mengambil peluang merakamkan potret pergunungan salji itu sebagai kenang-kengangan untuk dibawa pulang yang dapat diabadikan tentang suasana di Slovenia Balkan.
Masa yang masih berbaki sementara menunggu perlepasan, kami sempat shopping buah tangan untuk anak cucu, ramai yang beli serba sedikit choklat di kedai bebas cukai itu. Kami dipesan oleh Kak Zaharah, supaya solat jamak maghrib Isyak dalam pesawat kerana di Istanbul kami akan kesuntukan masa dan belum tentu sempat solat. Tambahan pula pesawat ke Istanbul petang itu lewat berlepas lebih kurang setengah jam jugalah. Hanya pada jam 8.30 malam kami selamat terbang, dan tiba di Istanbul hampir jam 12.00 tengah malam waktu Istanbul, alhamdulillah. Tapi kami terpaksa bergegas ke pintu berlepas untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 1.20 pagi 23 April itu.
DAY 12: 23 APRIL: ISNIN
ISTANBUL - KUALA LUMPUR
Sebaik turun pesawat Turkish Airlines di Istanbul, semua jemaah kami bergegas mencari pintu pelepasan ke Kuala Lumpur dengan tergesa-gesa kerana kami sudah kesuntukan masa. Kak Zaharah berpesan tiada siapa pun boleh singgah di washroom, ataupun di kedai, supaya semua kami akan sampai ke dewan perlepasan sejam sebelum penerbangan pada jam 1.20 pagi. Alhamdulillah kami berada dalam barisan untuk masuk ke dewan perlepasan dalam masanya, syukur ya Allah, yang mengaturkan semunya berjalan lancar, walaupun ada sedikit masalah kelewatan semasa di Ljubljana. Bila semua kami berada di situ barulah kami dapat qadha hajat dan menarik nafas lega sebab semua sudah berada di dewan perlepasan sebelum pintu ditutup. Semua kami dapat duduk dengan tenang sambil menunggu pesawat di pagi hari itu untuk pulang ke tanah air tercinta. Ya Allah selamatkan kami sepanjang penerbangan nanti, sehingga sampai ke pangkuan keluarga kami, ya Rahman ya Rahiim ya Robbalaalamiin.
Kami masuk ke pesawat, dengan iringan doa Bismillaa hirrohmaa nirrahiim. Perjalanan yang lama ini hampir 8 jam berada di dalam pesawat. Ya Allah perliharalah kami, hanya pada Mu kami kami berserah dan pada Mu pula tempat kami memohon. Kasihanilah kami ya Allah dan jauhi kami daripada mara bahaya, ya Arhamarroohimiin.
Walau bagaimanapun masa yang begitu lama tidak terasa kerana, lepas makan kami berehat dan dapat tidur dengan nyenyaknya. Kami solat subuh di pesawat, kemudian makan pagi dan makan tengahari pula. tepat jam 5.00 petang waktu Malaysia, kami mendarat dengan selamatnya. Urusan bagasi dan imegresen mudah dan lancar, inilah keistimewaan Malaysia negaraku yang tercinta. Syukur alhamdulillah. Sebelum keluar dan selepas mengambail bagasi kami solat jamak asar zohor dahulu. Kami semua bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua sahabat jemaah yang telah bersama-sama selama 12 hari di perantauan, sama-sama menikmati percutian di negara Balkan, bumi Allah yang cantik lagi nyaman. Ya Allah semoga silaturrahmi ini dapat diteruskan lagi, kerana mu ya Allah. Semoga kami saling ingat mengingati dan dapat terus berjumpa lagi di lain masa di lain ketika insya Allah. Aamiin
