Wednesday, May 11, 2022

DEMI MASA

Tanggal 26 April 2016, sampai bila pun akan dikenang. Ia menyimpan  cerita yang mewarnai hidup ini. Hingga kini  peristiwa yang terjadi menjadi takdir diriku. Tarikh itulah emak dengan sekelip mata, tidak boleh bergerak sebelah badan  kerana diserang stroke. Tangan kiri, kaki kiri dan separuh badan emak, dari pinggang ke hingga ke kaki sebelah kiri, tidak boleh bergerak lagi. Depan mata aku sendiri kaki emak sebelah kiri tidak boleh lagi menyarung kasutnya. Tangan kirinya juga tidak mampu lagi memegang pemegang tangga untuk berdiri, dan waktu itu juga dia jatuh terduduk. Aku dengan tidak berdaya lagi melihat mukanya, mulutnya kelihatan sudah herot sebelah. 

Aku mengucap berkali-kali. Ya Allah, Ya Allah ya Rahman ya Rahiim, inikah takdir Engkau kepada ku? Aku pasrah. Emak pun dibawa ke hospital. Kemudian emak berada di zone pemerhatian, diperiksa dix-ray, dan akhirnya dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Dan sejak itu emak tidak menunjukkan sebarang perkembangan, tidak lagi boleh bergerak seperti sediakala. Aku diingatkan berkali-kali supaya bersedia minda. Emak bukan akan semakin pulih tetapi sebaliknya. Papa minta aku menerima kenyataan yang berat itu. Memang sukar tapi apakan daya ia sudah suratan. Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Ia bukan satu kebetulan tapi ia memang qadha dan qadar yang telah tersurat dalam khazanah pengetahuan Allah yang maha esa, untuk hambaNya.

Pada hari itu, rancangan awal emak memang dia nak ke hospital melawat Nabila, anak suadaraku yang tenat melawan kanser. Tapi Allah menentukan esoknya Nabila dibawa ke IKN pada pagi 27 April, dan emak tidak lagi berdaya melawat cucu kesayangnya yang tenat itu, kerana dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Jelas kelihatan air mata mak tergenang menahan kesedihan buat cucunya dan dirinya sendiri, apa kan daya. Dan yang lagi sedih tanggal 29 April Nabila telah menghembuskan nafasnya di IKN, di bawa balik ke rumahnya di Jitra dan emak tidak lagi dapat menatap wajah cucunya itu. Kami tidak mampu dan tidak boleh nak membawa mak dari wad, sebab emak memang tidak berdaya langsung untuk bergerak walau pun untuk duduk di kerusi roda. Dalam linangan air mata aku minta izin mak untuk pergi ziarah Nabila buat kali terakhir, dia hanya merenung jauh dan dia membisu seribu bahasa, kerana dia sedar dia masih terlantar di hospita entah bila akan sembuhnya.

Akhirnya 1 Mei 2016 kami bawa emak balik ke rumah. Sejak itu emak terlantar di katil, hanya tangan kanan dan kaki kanan boleh bergerak. Emak juga masih mampu duduk dengan bantuan kami. Emak masih mampu makan sendiri menggunakan tangan kanannya. Namun selepas adik kahwin, Februari tahun 2019, emak sekali lagi diserang stroke, selepas itu, sehingga kini, dia tidak lagi boleh makan seperti biasa, cuma boleh minum susu melalui tiup.

Dan kini emak terlantar sudah 6 tahun. Bayangkan enam tahun itulah emak diadun pagi, petang dan malam. Semuanya kami uruskan kerana emak sudah tidak berdaya lagi mengurus dirinya sendiri. Jika ada pembantu urusan menjaga emak lebih mudah. Emak juga tidak berdaya mengurus hati dan perasaannya. Kadang-kadang emak ingat-ingat lupa. Banyak perkara yang emak sudah lupa, terutamanya perkara yang baru-baru, emak tidak ingat sangat. Emak lebih ingat yang lama-lama, tapi terkadang bercampur aduk memori yang diingatnya itu. Tapi kami faham. Sebab itu kami kadang-kadang bagi emak sedikit ubat penenang, supaya dia boleh tidur dan tidak rasa tertekan dan susah hati.

Sekarang bibik tidak ada jadi emak kami uruskan, memang berat dan perlu banyak bersabar. Semoga Allah bantu kami, kami serahkan kesusahan yang kami mlalui ini kepadaMu ya Allah kerana Engkau maha melihatdan maha mengasihani. Bantulah permudahkan urusan kami ya Allah. Tiada daya upaya kami, melainkan cukuplah Engkau bagi kami, cukuplah Engkau tempat kamu berserah dan berharap. Semoga ada jalannya untuk dipermudahkan urusan kami, dan semoga Engkau redha ke atas kami, ya Allah, ya zaljalaliwalikraom.

Sunday, May 8, 2022

BIBIK OH BIBIK

 

Sebelum raya tahun lepas Mei 2011, dalam bulan puasa aku mengambil bibik baru untuk membantu menjaga emak yang dah lama terlantar sejak 2006 lagi. Aku bayar Rm 7000 untuk mendapat bibik dari ejen. Memang amat perit, mahalnya, tapi aku terpaksa kerana mak perlu seorang pembantu yang menguruskan penjagaannya setiap hari. Kononnya dia pandai jaga orang tua sakit dan mau duduk lama. Oklah aku setuju dengan harapan dia akan duduk lamalah barulah bayaran yang tinggi itu balik modal. Kalau dia duduk setahun bermakna aku bayar Rm 580 sebulan. Gaji bibik mesti bayar Rm 1300 bersih. Makan, api, air semua aku tanggung, anggaran Rm 400. Jadi kalau dihitung gaji bibik ni   jumlahnya lebih kurang RM 2280 sebulan (580+1300+400). Aku  sangat-sangat  tidak berpuas hati.  Tapi aku tidak ada pilihan. Kalaulah ada orang kita yang bekerja alangkah baiknya tapi, puas dicari memang takada orang yang mau menjadi orang gaji, tambahan lagi menjaga orang tua sakit terlantar macam mak. Jadi aku terpaksalah menerima bibik seadanya.

Pertama yang aku kurang puas hati dia tua rasanya umur dalam 50 tahun lebih, jadi pengurusan mak banyak yang tidak kemas. Dia tidak mampu mengangkat dan membetulkan mak jadi urusan berat itu selalunya aku yang buat.  Selain itu pergerakannya lambat sangat, buka pintu lambat, ambil barang lambat, suruh buat apa pun lambat. Buat kerja rumah berkira sungguh, dia nak jaga orang sakit saja, yang lain macam pahat dengan pemukul sekali ketuk sekali jalan. Lepas kerja jam 11 pagi rehat, jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang tidur, kadang-kadang lajak sampai jam 3 tak bangun-bangun lagi. Lepas tu jam 7. 30 malam duduk tunggu mak, dok saja, dok main wasap, dok video call, dok cakap telefon, dok tengok tv dan kadang-kadang tidur saja,  sampailah  jam 10 malam dia masuk tidur. Ish mudah sungguh kerja dia, gaji lebih dari orang graduate. Tak tahan tak sabar tapi telan jugalah, nak buat macam mana.

Yang paling tak tahan dia tipu kata dia sakit, ghenggah batuk macam nak keluar urat perut. Buat covid test negatif. Suruh makan kata dia tak boleh makan nanti dia muntah. Dari pagi sampai petang tak makan-makan, kita naik risau. Rupanya dia buat tektik nak bagi dia nampak sakit,  bagi dia nampak lemah, dia pun gheyau suruh panggil ejen habak dia nak balik sebab sakit tak boleh kerja dah. Oh macam tu. Suruh dia call ejen dia kata ejen tak angkat. tapi dia kata dia nak balik ejen nak mai ambik. Bila selidik, rupanya dia buat komplot dengan kawan-kawan dia nak balik sekali untuk berpuasa dan beraya. Nasib baik Tuhan bagi ilham snatch telepon dia, banyaklah rahsia terbongkar dalam wasap dia, tu pun dah banyak dia delete dah. 

Payah sunguh ada pekerja yang kita tak kenai dalam rumah. Tak bagi main telefon rasa macam tak patut, bagi main telefon rupanya lagi tak patut, macam-macam karenah dia. Ya Allah tolonglah aku, aku serahkan segala kesusahanku kepadaMu ya Allah, kerana Engkaulah maha melihat, bantulah aku, tiada daya upaya ku untuk berbuat apapun kebaikan ataupun kejahatan melainkan dengan keizinanMu jua ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Robbal aalamiin. Bantulah aku, ya Allah bagilah aku seorang bibik yang baik dan boleh memberi kebaikan kepada agamaMU ya Allah

Tuesday, February 15, 2022

CUCU-CUCU BALIK BERKAMPUNG

 

Tanggal  26 Oktober 2021,  bermula hidup baru bagi ku. Angah bertukar balik bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Pejabatnya Bahagian Kejuruteraan JKN, di persimpangan Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Lebuhraya Sultan Abdul Halim, dekat sangat dengan rumah. Lima minit naik kereta sudah sampai. Aku sungguh bersyukur tiba-tiba sudah ada anak cucu yang tinggal bersamaku. Sudah lama kami hidup kesunyian. Sejak sekian lama rumah kami sunyi dan usang. Semua bilik setiap hari dicuci, tapi tiada penghuni. Cuma sesekali anak cucu balik bercuti rumah kami jadi ramai dan riuh rendah meriah jadinya. 

Kini angah bersama 4 orang anaknya memeriahkan rumah kami pada setiap masa setiap hari. Hayyan Naoki sudah darjah lima, sudah besar panjang sudah boleh mengurus diri dan menjaga adik-adik. Dia setiap hari melaungkan azan bila masuk waktu, diajak solat dan kini sudah boleh menjadi imam pula. Setiap hari baca quran dengan lenggok yang dicuba-cuba meniru Ustaz Tirmizi kegemarannya. Dan sesekali menghafaz ayat-ayat lazim yang masih belum dihafaz. Bila tiba waktu sekolah dah tak banyak kerja rumah kerana dah hujung tahun, tapi disuruh juga buat buku kerja bila ada masa terluang. Semoga Hayyan nantinya menjadi anak soleh dan memberi manfaat kepada agama insyaAllah, aamiin.

Cucu kedua Hannah Naomi sudah darjah tiga. Dia sangat berbakat dengan lukisan dan kraft. Masa lapang banyak dihabiskan membuat kraft atau membuat lukisan. Dia pendiam tapi sangat penyayang dan bertanggung jawab. Semua urusan adiknya dia yang jaga - mandi, pakai baju, makan, ajar ngaji, susun baju, main-main dengan adik dan jika adik meragam dialah yang menenangkannya. Dia memang sangat perihatin dengan adik-adik yang masih kecil. Dia suka tolong kerja-kerja dapur bila memasak. Dia dah pandai buat telur scramble, untuk adik dan dirinya, jika perlu, dan suka sangat  buat dalgona untuk makan bersama  adik-adik dan abangnya. Kalau nak keluar berjalan dia suka melaram dan bergaya. Semoga Hannah menjadi anak solehah berjaya dunia akhirat dan mendapat suami yang beriman untuk menaungi hidupnya nanti, insyaAllah.

Jadi dua orang cucu yang besar sudah boleh berdikari. Yang ketiga Hadeeja Naema baru darjah Satu. Dia sangat manja, makan lambat kalau boleh bersuap lebih digemari. Dia sangat kreatif. Banyak benda yang dia buat di luar kotak pemikiran kita. Kadang-kadang membahayakan dirinya. Dia sangat accident-prone dengan sikapnya itu, kadang-kadang terjatuh, kadang rosak benda, dan boleh jadi apa saja kalau kita tidak perhatikan dia betul-betul. Tambah-tambah lagi bila dia main dengan adiknya, macam-macam benda boleh jadi, yang tidak pernah terfikirkan langsung boleh dibuatnya, masyaAllah. Dia baru boleh membaca kerana kesan PKP sejak 2019. Dia tidak pergi tadika setahun, banyak buat online, darjah satu pun online, setahun tidak pergi sekolah sepunuhnya, jadi membaca buku pun  merangkak-rangkak. Jadi dia terpaksa dihantar tuisyen untuk kelas membaca bagi membantu dia catch-up dengan pelajarannya. Tapi dia sudah baca Iqra 4, alhamdulillah. Dia pun baru nak belajar sembahyang juga. Tapi dia lebih suka main dengan adik kecilnya kalau tak tengok memang tak belajarlah dia. Sekarang dia sudah banyak perkembangan, sudah mula suka membaca sedikit-sedikit dan merangkak-merangkak. Sudah mula pegang buku sekolah sebab dia rasa lebih pandai sikit apabila dia sudah mula dapat membaca walaupun lambat-lambat. Semoga Hadeeja akan menjadi anak solehah yang bakal menjadi berjaya dunia dan akhirat insyaAllah.

Yang paling manja, banyak akal, dan keras, cucu keempat Hawa Nerina. Dia sejak kecil rupa macam anak patung, jadi orang suka tengok dia. Dia cukup tidak suka stranger, sebab suka pandang dia dan tegur dia juga suka picit pipinya yang gebu. Jadi dia lambat mesra dan kuarang boleh ikut serta dengan kami, sebab selalu nak mami dia saja. Semua nak mami, nak makan, nak mandi nak pakai baju, nak tidur, malah apa-apa saja semua mesti mami. Jadi bila mami out-station kami jadi penat sebab dia tak mau langsung dengan kami. Yang lebih penat ialah Hannah sebab dia akan merap kakaknya itu saja, yang lain dia tak mau. Semoga Hawa juga membersar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan juga di akhirat sana insyAllah.

Begitulah cucu-cucu yang balik berkampung di rumahku. Semoga bolehlah aku mendapat sedikit pahala bila mereka berbuat baik, baca quran dan sembahyang. Selagi mampu boleh membimbing dan mendidik buatlah apa yang terdaya, kerana mungkin barang  kali itu boleh menjadi penyebab untuk membawa kami ke syurga insyaAllah. Ya Allah aku serahkan semua cucu zuriat keturunanku kepadaMu, semoga Engkau ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Wadud mengasihi mereka dan menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah, semoga Engkau memberikan takdir yang baik-baik buat mereka. Murahkanlah dan luaskan rezeki mereka, tingkatkan darjat setinggi darjat di dunia dan akhirat. Semoga dengan itu mereka boleh memberi kebaikan kepada hidup dan matiku, dan semoga mereka boleh memberi manafaat kepada kebaikan agama Mu ya Allah ya Robbalaalamiin. 

Monday, February 14, 2022

CUCU BARU

 

CUCU KE-8 MYIESHA AMANI BINTI MUHAMAD ASFAR

12.11. 2021, hampir  jam 11 malam, anak bongsuku Mahya Diyana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel pada hari Sabtu. Alhamdulillah dia ditemani suami tercinta bersama menyambut kelahiran Amani yang sudah sekian lama ditunggu oleh  pasangan ini. Adik Mahya sakit sejak jam 5.30 pagi Sabtu itu. Lama mengalami sakit bersalin tapi jalan masih belum buka untuk Amani didatangkan ke dunia. Memang bersalin anak pertama selalunya agak lambat, jalan keluar buka, untuk proses melahirkan. Namun masa yang ditunggu sampai, apabila sudah hampir tengah malam. Alhamdulillah semua kami menadah tangan mengucapkan syukur. Semuanya selamat, maklumlah melahirkan bayi semasa zaman covid19 tengah melanda memang amat mencemaskan. Nak masuk wad pun takut, melalui pelbagai proses, nak menjadi pengiring dalam bilik bersalin pun penuh prosedur. Tak ada yang boleh tunggu apatah lagi untuk pergi melawat langsung tidak dibenarkan. Jadi setelah semunya selesai semua kami bersyukur yang tidak terhingga dan menarik nafas lega dengan anugerah Allah atas segala nikmat yang diberi, alhamdulillah.

Amani seperti bayi lain membesar dengan cepat. Dia beruntung kerana adik Mahya maminya banyak susu. Cuma pada mulanya maminya bengkak susu kerana beberapa saluran susu masih tersumbat. Selepas diurut mencurah-curah pula, cuma Amani saja yang kurang pandai mengisap, asyik tersedak-sedak. Maminya pula sakit putingnya teramat sangat kerana dihisap terlalu kuat oleh Amani. Terkadang sehingga menjerit maminya menahan sakit dan pedih, semasa Amani mengisap susu. 

Setiap pagi Amani dibawa ke Klinik Kesihatan untuk diperiksa, selama seminggu. Alhamdulillah walaupun ada tanda-tanda kekuningan tapi selepas seminggu lebih  kadar kuning menurun dan akhirnya Amani bebas kuning. Maminya pun turut diperiksa jahitan lukanya semasa di klinik. Kadang-kadan nurse datang ke rumah untuk lawatan dan pemeriksaan rutin yang biasa. 

Hari ke-9 Amani dicukur kepalanya sehingga licin oleh bidan Kak Syimah. Bayaran upah cukur kepala RM 50.25 (lima puluh ringgit suku). Dedi dan mami tak tau maksud suku, kami semua tergelak besar kerana ia sungguh klasik, hanya difahami orang-orang tua-tua dulu sahaja. Selepas itu maminya mengurut selama 3 hari berturut-turut, untuk memulihkan kesegaran badan selepas teruk bersalin, dengan bayaran RM 200. 

Setiap malam kelakuan Amani berubah-ubah, ada masa nyenyak tidur, ada masa tak lena tidur. Kadang-kadang menangis sehingga tak boleh letak, kadang-kadang lena sehingga tak gerak-gerak. Kadang-kadang siang pun tak boleh lekang dari menyusu maminya, atau digendung dedinya. Lama-lama anti ngah cadangkan letak dalam buaian, kalau tidak penat tak boleh rehat langsung. Naik buai pun kadang-kadang lena banyak, kadang-kadang tak mau juga. Sehingglah dah masuk dua bulan Amani dah nyenyak sikit tidur malam. Alhamdulillah.

Semoga Amani akan membesar dengan baik dan sihat. Semoga mami dan dedi akan bersabar dalam proses membesarkan Amani. Semoga melimpah ruahlah rezeki mami dan dedi melalui Amani. Semoga Amani menjadi anak solehah bakal menjadi penawar untuk kami semua di dunia dan akhirat. Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami serahkan Amani dan ibubapanya kepadaMu untuk Engkau uruskan dengan takdir yang terbaik untuk mereka. Wahai Allah berikanlah yang terbaik untuk mereka sepanjang hayat mereka, ya Fattah, ya baarik, ya Rahman, ya Rahim, ya Zaljalaliwalikrom. Aamiin ya Robbalaalamiin.

Thursday, February 10, 2022

ENGKAU MAHA MENGETAHUI

Seorang ibu mendapat berita dari anaknya, berita yang amat mengejutkan. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya dia akan berhadapan dengan situasi macam itu. Dulu berita seperti itu dia hanya dengar dari orang, baca di akhbar, ditonton di filem dan menyaksikanya dalam drama. Tapi kali ini dia dengar dari mulut anaknya sendiri. Alangkah terkejutnya, alangkah buntunya, alangkah tidak pernah disangka sama sekali, tidak pernah terbayang dan tidak pernah terlintas dalam benak fikirannya yang sudah menjangkau lebih 60 tahun usianya.

Di hati si ibu terlintas, musibah apakah ini ya Allah? Apakah terlalu besar dosa si ibu, sehingga ini yang Kau takdirkan pada si ibu yang sudah tua uisanya. Si ibu sedang bersiap diri untuk mengadap Ilahi. Anak-anaknya semua sudah lepas tanggung jawabnya. Sudah berumah tangga, semuanya sudah bekerja, sudah beranak pinak. Cucu-cucunya pun sudah besar panjang. Tak ada apa lagi yang dia inginkan, Cuma mengharapkan redha Ilahi untuk menjemputnya dengan husnulkhotimah.

Ya Allah hancur luluh hati si ibu. Walaupun si ibu sangat yakin segala yang terjadi tidak mungking secara kebetulan. Dia juga sangat yakin segalanya, apa pun takdir Tuhan padaNya, walau seberat mana, dan walau seburuk mana sekalipun, namun  itulah yang terbaik untuknya. Tapi dia amat lemah, dia tidak berdaya. Dia kecundang, dia sedih, dia bingung dan dia marah yang amat sangat, walaupun dia amat sedar itulah takdir Ilahi untuk dia.

Bagaimana si ibu tidak sedih, bagaimana si ibu tidak marah. Binatang yang tidak berfikiran pun bertungkung lumus mencari rezeki untuk bawa pulang bagi anak-anak makan. Seburuk-buruk pencuri, sekejam–kejam penyamun, segala hasil pencarian dibawa balik untuk makan dan untuk keperluan anak bini. Pencuri tidak pernah biar anak bininya digertak dan diherdik orang. Penyamun pun tidak melibatkan anak bininya masa menyamun. Dia sorang-sorang mengharung kerja buatnya tanpa melibatkan anak bininya. 

Yang ini apa jenis manusia, memang kejam, memang zalim, memang binatang paling tak guna dalam dunia. Pinjam ahlong, berani, tapi dayus punya manusia bertopengkan binatang, takut bagi tau bini, biar along gertak bini minta bayar duit yang dia pinjam berpuluh ribu ringgit. Dayus punya manusia menggadaikan keselamatan anak bini.  Ahlong kata,  ‘laki you cakap bini dia jadi gerentor, sekarang you bayar kalau tidak kita sudah tau lu punya rumah’. Ibu mana yang boleh terima mendengar berita itu dari anak kesayangannya. Ibu mana boleh dengar anaknya dalam ketakutan yang amat sangat. Dibelanya berpuluh tahun tidak pernah disiksa emosi, dijaga dengan penuh susah payah tidak pernah didera perasaannya, dibelai penuh kasih sayang, dan ditatang bagai minyak yang penuh, tapi diperlakukan seperti itu oleh orang yang diamanahkan untuk menjaganya.

Hancur luluh hati si ibu, kehidupan yang telah dibina sejak sekian lama musnah. Rumah tergadai, hutang keliling pinggang, bank sudah disenarai hitam, malah duit mak bapaknya langsai. Tiada apa lagi yang tinggal, dan dia buat muka selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Manusia jenis apakah ini, binatangkah atau syaitankah? Patutnya dalam usia anak dia sedang meningkat dewasa dia tengok pelajaran anak, fikir masa depan anak, buat persediaan untuk pendidikan anak-anak. Jaga anak bini bagi elok. Ini dahlah dia buat hal, dia buat pasal, anak bini yang jadi mangsa hutang dia, kena bayak hutang dia, dan kena  tengok dia pula. Adilkah ini ya Allah. Ibu mana sanggup tengok anaknya dibuat begitu? 

Si ibu Tak habis-habis beristighfar, dan tak henti-henti memohon pertunjuk jalan yang benar. Si ibu tidak sanggup melihat anaknya diperbodoh, tidak sanggup melihat anaknya dipermainkan perasaan belas kasihan, sedangkan tindakannya kepada isterinya tidak sedikitpun mempunyai perasan kasih sayang dan belas kasihan. Kalau dia kasihkan anak bini dia, takkan dia sanggup gadai rumah yang menjadi tempat berteduh anak bininya. Kalau dia kasihahkan anak bini dia, tak kan dia pi buang duit  yang sepatutnya dia bagi pada anak bini dia. Si ibu mohon pada Allah tunjuki jalan benar, jalan yang diberikan nikmat bukan jalan yang sesat dan bukan jalan yang dimurkai. Si ibu hanya boleh berserah kepada Allah kerana Dia sahajalah yang maha mengetahui akan segalanya.

 Si ibu mahu anaknya dibebaskan dari kemelut yang amat kusut. Namun si ibu sedar untuk anaknya boleh menerima keadaan itu, memang akan amat perit dan amat menyakitkan. Dia hanya mampu berdoa kerana Allah saja yang maha mengetaui segalanya. Dia sedar anaknya tidak kuat  untuk menghadapi keadaan yang getir ini. Namun Allah saja yang maha mengetahuinya. Si ibu terus berserah agar Allah memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan cucu-cucunya, masanya sudah senja, namun Allah saja yang maha mengetahuinya. Si ibu hanya boleh terus berserah dan pasrah, kerana dia yakin Allah maha pengasih dan penyayang. Diserahkan segala kesusahannya kepada Allah kerana Dialah Allah yang maha melihat akan segala kesusahannya, aamiin. 

Monday, January 31, 2022

KENANGAN TAHUN BARU 2021 DAN 2022

Tahun 2021 sangat mencabar bagi semua orang. Dimulai dengan wabak covid 19, diikuti pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 fasa 2, dan seterusnya darurat kesihatan pula. Semua itu menjadikan tahun 2020 dan 2021 sangat terbatas pergerakan dan aktiviti semua orang di seluruh Malaysia.

Yang paling perit ialah anak-anak di kejauhan tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu ayah. Tinggallah masing-masing di tempat sendiri  menguruskan urusan seharian, kerana tidak dibenarkan merentas kawasan dan merentas negeri. 

Namun dalam zaman kemajuan teknologi ini, semua itu dapat dikendalikan dengan lebih baik. Kalau rindu anak yang lama tak balik boleh telefon, dan boleh juga video call. Tapi taklah sama dengan berjumpa bersemuka.

Aktiviti-aktiviti lain juga begitu tidak boleh dilaksanakan kenduri kahwin, mesyuarat, seminar atau apa-apa pun keramaian. Jadi duduklah kami terperuk di rumah dengan aktiviti-aktiviti yang sangat terhad. Papa banyak telibat dengan webinar , selebihnya dia banyak menghabiskan masa membaca buku. Banyak masa dihabiskan untuk meneliti hal-hal tentang Pulau Pinang kerana Menteri Besar Kedah mencanangkan Kedah dipajak Pulau Pinang dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Kedah. Apa lagi meletuplah isu ini dalam media-media pelbagainya. Papa pun pulun baca topik ini kerana ramai yang bertanyakan isu ini.

Begitulah terjadinya di awal tahun 2022. Entahlah itu saja takdirnya yang tidak dapat lagi diceritakan apa-apa lagi.


Saturday, September 18, 2021

MESYUARAT BIRO PENERBITAN PSMCK 2021

MESYUARAT BIRO PENERBITAN PSMCK

18 SEPT 2021

11.00  PG – 12.00 TH

MEDIUM: GOOGLE MEET

KEHADIRAN:

1.DR MOHD KASRI SAIDON

2.DR IBRAHIM BAJAR

3.PROF DATO DR MURAD MERICAN

4.DR NORHASLINDA

5. RAHINUN MOHD NOOR

6. MOHD PUZI HADI

7.MOHD HERMAN ROSLAN

8.MARWAN

9.SARIMAH

10.BAINAH – TH

 

1.       ALUAN PENGERUSI

Dr Kasri mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran. Beliau bari dilantik sebagai Pengarang Kehormat dan baru jadi akan cuba melaksanankan tugas dan mengharapkan kerjasama semua pihak.

 

2.     Taklimat Dr Ibrahim Bakar Pengerusi PSMCK

 

Dalam Perlembagaan PSM, Biro Penerbitan wajib mengeluarkan: Buletin dan Jurnal  setahun sekali. PSMCK mengeluarkan Buletin Lindungan Bulan dan Jurnal Kedah Dari Segi Sejarah (KDSS), yang ditiru dari Pusat Malaya in History dan satu lagi ialah Jurnal CETERA. Di samping itu PSMCK pernah keluarkan Kelopak Jantung (KJ)  dalam bentuk stensilan sehingga bilangan 9, selepas itu tiada lagi surat siaran KJ. Dari segi isi, CETERA lebih akademik dan KDSS berbentuk lebih ringan dan santai. Bagi tahun 2021 insyaAllah, Biro pernerbitan akan keluarkan, Buletin Lindungan Bulan bilangan bilangan ke-33, KDSS Bilangan 14 dan CETERA bilangan 4. Di samping itu terdapat juga penerbitan buku-buku lain yang dikeluarkan oleh penulis sendiri menggunakan nama PSMCK, modal sendiri, dan jual sendiri, diberikan 5% sagu hati kepada Persatuan. 

 

3.       Pandangan Prof Dato Dr Murad Merican

 

Beliau memaklumkan penerbitan sangat penting, untuk memasyarakatkan ilmu tentang sejarah, dan pernah melihat bulletin dan jurnal di Perputakaan. Tapi beliau tidak dapat mengesan perbezaan antara Jurnal KDSS dan CETERA. Hari ini mendapat gambaran jelas tentang kedua-dua jurnal itu. Cadangannya, i. Jurnal KDSS perlu diteruskan kerana ia ditulis oleh penulis berauthoritatif tentang sejarah Kedah,

ii. Jumlah artikel tidak perlu banyak untuk setiap keluaran,

iii. Dia bersetuju menjadi Lembaga Editor untuk Jurnal berwasit KDSS,

iv. CETERA elok dibuat lebih ringan, artikel bersifat esei ada isu dan dimaklum kesarjanaan serta disebarluaskan kepada masyarakat dan mempopularkan sejarah,

v. KDSS lebih akademik,  mesti beza dengan CETERA lebih ringan dan santai,

vi. Mesti kenal target grup untuk setiap penulisan yang akan dihasilkan.

vii. istilah jurnal boleh saja pakai istilah lain seperti bulletin, warta dsb

4.       Rumusan Dr Mohd Kasri Saidon

i.  Akan mengeluarkan Buletin Lindungan Bulan sempena Mesyuarat Agung

ii. CETERA juga akan dikeluarkan tahuin ini kerana semua artikel sudah siap ditulis oleh young writers, dan akan dibentangkan untuk penilaian.

iii. KDSS akan dikeluarkan selepas itu kerana akan jadikan jurnal berwasit.

 

Cadangan lain 

 

i.Puzi Hadi mencadangkan 3 jawatan kuasa untuk ketiga jenis penerbitan kerana semua ahli baru dan masih belajar

ii. Dr Norhaslinda cadang jurnal berwasit ditulis dalam English

iii. Rahinun cadang untuk buat costing baru jika nak tambah jumlah muka surat bulletin

iv. Prof Murad cadang keluarkan buku atau jurnal dalm jumlah 300