Thursday, May 24, 2012

KAWAL KEHIDUPAN HARIAN



Ken Zeigler dalam bukunya Getting Organized At Work berpendapat, hidup ini seperti sarkas, kita boleh jadi pengurus atau sebaliknya kita menjadi pemain sarkas yang diuruskan, semuanya bergantung kepada disiplin diri. Untuk membolehkan kita menjadi pengurus diri kita sendiri, kita perlu lakukan tiga langkah berikut:

  1. Ubah proses berfikir. Anda berkuasa melakukannya, tapi anda mesti bertindak dan mencari jalan melakukannya.
  2. Bersabar. Anda perlu ambil masa jangan membabi buta.
  3. Berdisiplin. Anda mesti betul-betul laksanakankan disiplin, supaya anda tidak melompat-lompat membuat kerja, akhirnya tertanya-tanya, 'Mana perginya masa aku?'
 Marilah kita sama-sama menghayati contoh-contoh tindakan dicadangkan Ken Zeigler untuk mengawal hidup harian kita:
1. Latih orang lain untuk bertindak lebih cekap
Walaupun kita cekap mengurus masa, tapi orang lain mungkin menyusahkan hidup dan kerja kita, jadi berkomunikasilah dengan lebih berkesan atau spesifik  supaya dapat  membimbing dan membantu orang lain bertindak cekap,   dalam mesyuarat, perbincangan, lawatan, telefon atau e-mail dll.
2. Latih orang lain mengurus masa mereka
Latih orang sekeliling anda supaya faham, ada masa dan tempat untuk segala-galanya, elakkan menjadi punca gangguan, dan  mengambil jalan pintas sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain
3. Selesaikan satu-satu tugasan dengan sempurna
Buat tugasan dan selesaikan tugasan yang perlu , elakkan membuat banyak tugasan serentak.
4. Buat perkara demi perkara ikut keutamaan ......






NOSTALGIA MEMBESARKAN ANAK



Auntie Ya mengasuh .....
Mengenang kembali saat-saat aku membesarkan anak-anak di tahun-tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan, terasa amat jauh bezanya. Di kala itu masih terdapat ramai remaja melayu, dalam lingkungan belasan tahun, yang menjadi pembantu rumah untuk menjaga bayi. Paling tidak pun masih ada lagi sanak saudara belasan tahun yang main peranan menjaga bayi semasa ibu ke tempat kerja untuk mencari rezeki.


Tok Wan pun mengasuh juga ....

Auntie Lang pun enjoy mengasuh .......
 Kadang kala ada juga ibu-ibu tunggal yang sanggup menjadi pembantu rumah, atau ada juga suri rumah yang mengambil tugas menjaga bayi di rumahnya, sebagai sumber mencari sesuap nasi. Dengan itu dapatlah ibu-ibu muda yang bekerja menjalani kehidupan berkerjaya, dan kehidupan berkeluarga, dengan agak selesa. Masa itu pusat jagaan bayi pun masih kurang popular,  dan masih murah tapi  tidak menjadi pilihan utama. Kalau tidak pun akan ada sanak saudara, yang masih sanggup membantu menjaga bayi, selepas tamat sekolah. Pilihan lain anak-anak kecil ditinggalkan di kampung kepada ibu bapa yang tidak bekerja, sementara anak-anak masih kecil dan belum bersekolah.  Apa pun caranya anak-anak masih kecil berada dalam keadaan yang selamat semasa ibu bapanya berada di tempat kerja. 


Wednesday, May 23, 2012

SAYUNYA HATI.....




Sudah sekian lama, terhiburnya hati melihat cucu-cucu yang masih kecil, anak-anak Angah membesar dengan sihat, riang dan ceria. Alangkah bahagianya melihat Angah bahagia, dengan anak-anak yang terjaga, dan rumah tangga yang terurus. Terasa juga kekurangannya kerana menantu masih tidak dapat hidup serumah, lantaran berbeza tempat kerja dari segi geografi, seorang di Ipoh, dan seorang lagi di KL. Begitulah ketentuan Tuhan barangkali, angah masih lagi tidak dapat bertukar ke KL untuk hidup sebumbung dengan suaminya. Jadi, hiduplah dia dengan dua orang anaknya yang comel dan cerdas di Ipoh, dibantu seorang bibik yang kelihatan sangat cekap dan baik. Semua orang pun rasa berterima kasih dengan kehadiran dan bantuannya.


Keluarga bahagia .......

 Rupanya tidak lama suasana indah itu dinikmati Angah dan anak-anaknya. Belum genap 6 bulan bekerja, seperti pembantu rumah lain dia juga lari meninggalkan anak-anak dua beradik yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Alangkah nekad dan kejamnya orang Indonesia ini, yang rakus ‘merompak’ duit kita untuk datang bekerja, kemudian lari bagi bagi mengecap kesenangan mereka. Alangkah tidak berperikemanusiaannya mereka, datang dengan duit beribu ringgit dari poket kita, setelah dapat visa lari pula. Manusia jenis apakah mereka, lebih kejam dari seekor binatang yang tidak boleh berkata-kata, atau binatang jenis apa pun jua. Seburuk-buruk binatang masih kenal orang yang beri dia makan, masih hormat orang yang dia kenal. ‘Binatang’ dari Indon ini memang binatang buas, memang binatang yang rakus, binatang yang tidak kenal siapa-siapa saja.
Ditinggalkan begitu saja tanpa belas kasihan.......

Alangkah… alangkah pilunya melihat angah terkapai-kapai melayan dua anak yang masih kecil, tanpa suami dan sanak saudara. Semoga angah diberikan kekuatan, diberikan ketabahan, diberikan pertunjuk jalan yang betul dan semoga segala kesusahan itu akan terus menambahkan keyakinan bahawa Allah tetap sayang kepada hambaNya. Jika Allah menguji kita dengan segala kesusahan, dan segala kepayahan, tentulah Allah juga telah sediakan jalan penyelesaiannya. Sayunya hati ….. tapi aku sangat yakin akan ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini.

MASYA ALLAH ENGKAU MAHA MENGETAHUI ......

Sanggup ditinggalkan ........

'Mama, Nen baru mesej kata ada emergency'. Tersirap darah aku mendengar berita yang kurang menyenangkan itu.
'Baliklah cepat, tengok apa yang jadi, takut budak-budak tu apa hal pula'. Hatiku jadi tak tentu arah. Aku terus berdoa minta diselamatkan kedua-dua orang cucu yang masih kecil, masih tak tau apa-apa pun.
Aku terus telefon papa, dan telefon pak su, buat menenangkan hati yang semakin runsing, turut sama berkongsi perasaan yang tida menentu.
Tak lama kemudian aku dapat telefon angah. 'Apa jadi angah?' Mama Nen dah lari, dia tinggal Hannah atas tilam, dan Hayyan dalam buai. Hanna macam baru lepas menangis ja, dan Hayyan macam baru terjaga dari tidur.'

Apa pun kamu tak tahu ........

Alhamdulillah selamat budak-budak tu. Biarlah dia lari, asal cucu-cucu aku masih tetap selamat, semoga Allah memberikan hidayahNya ....

Sunday, March 25, 2012

TIDAK CUKUP MASA?



Ramai orang seringkali merungut tidak cukup masa dalam sehari, kerana terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Ramai pekerja tidak senang hati dengan ketua semata-mata beranggapan mereka dibebankan dengan terlalu banyak kerja, sehingga banyak aspek lain dalam kehidupan terabai. Ramai juga berpendapat masa dua puluh empat jam tidak cukup untuk menjalani kehidupan seharian. Malah ada juga inginkan tangan lebih daripada dua jika mungkin, untuk membolehkan semua kerja dapat dilaksanakan. Pendek kata semua kita terbelenggu dengan masa yang menyebabkan kita sering terburu-buru, dan ramai juga yang sering mengeluh lesu.

Barangkali cadangan dari Ken Zeigler boleh membantu kita mengenal pasti cara kita menggunakan masa dan boleh menjadikan kita sentiasa mempunyai masa untuk sebarang kerja.

Ikuti 3 langkah berikut:

1. Pantau penggunaan masa anda (kerja dan peribadi) selama seminggu. Anda mungkin terkejut

meneliti masa yang anda ambil untuk melaksanakan kerja dan aktiviti anda.


2. Kaji dapatan anda, kenalpasti aktiviti yang tidak perlu dan buangkan.


3. Cari dan reka masa yang dapat anda jimatkan untuk tugasan atau aktiviti penting yang

berfaedah. Kadang-kadang aktiviti ini tertangguh kerana perkara yang kurang penting atau

langsung tak perlu.


Mudah-mudahan ini dapat membantu semua orang menguruskan masa dengan berkesan dan memberi manafaat yang maksimum, insya Allah.

Saturday, March 24, 2012

LAMA SUDAH TIDAK MENULIS


Anugerah  Cemerlang PMR 2011
Entah kenapa sudah tidak menulis, di sini buat sekian lama. Barang kali sibuk dengan urusan kenduri kahwin putera sulung ku yang dicintai. Barang kali juga banyak urusan anak cucu dan kenduri kendara yang perlu diuruskan. Atau mungkin juga kerana memang sangat banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Apa pun memang sangat terasa kosong dan tiada serinya, jika tidak diserikan blog ini dengan tulisan.


Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2011
 Sebenarnya bulan Mac ini bulan yang penuh dengan debaran. Untuk waris dan ibu bapa sudah pastilah keputusan peperiksaan SPM dan STPM yang menjadi tumpuan perhatian. Begitu juga seluruh warga guru di sekolah memang tidak lekang daripada membincangkan hal tersebut. Ada yang sangat gembira penuh bangga dan bersyukur jika subjek yang diajar mecapai keputusan yang cemerlang. Sebaliknya jika keputusan tidak mencapai tahap yang diharapkan maka diselubungi kesedihanlah pula, sambil itu merenung-renung pulalah tindakan yang bakal dilaksanakan untuk memperbaiki keputusan sedia ada.

Di samping itu jika guru adalah waris, maka hangatlah lagi perbincangan, jika pencapaian anak tidak seperti yang diharapkan. Maka keluarlah pelbagai sumbangan idea yang dicadangkan, untuk diambil tindakan oleh rakan-rakan yang mengajar mata pelajaran yang dianggap kritikal. Barangkali kerana aku sangat sibuk melayan pelbagai karenah waris, guru, pelajar dan masyarakat, maka kerana itu, menjadikan aku tidak melayari laman blog sendiri dalam jangka masa yang agak lama.


Hari Guru 2012, Anugerah STPM Terbaik Negeri 2011
 Apa pun tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang - STPM terbaik daerah KS dan terbaik buat kali yang ketiga pada peringkat negeri Kedah, SPM tempat keempat daerah KS dengan 9 orang straight A's. Saya sangat bersyukur dan bangga dengan prlajar SMKSB. Tahniah juga kepada semua guru yang sangat kuat bekerja, anda memang pejuang tulen yang menjadi pencinta bangsa. Tidak lupa, syabas yang setinggi-tingginya kepada waris yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan segala-galanya. Tanpa anda siapalah kami, tanpa anda kami tentunya tidak dapat menumpang kegembiraan ini.


Syukurlah .... menulis hari ini dapat juga menyatakan rasa syukur kami yang tidak terhingga atas nikmat kurniaan Allah yang tidak ternilai kepada hambanya. Kejayaan bermakna ini dikecapi dan menjadi realiti atas muafakat seluruh warga SMKSB yang tidak berbelah bagi. ......

Monday, February 27, 2012

TERKEJUT.......


Sudah lama juga aku tidak berkesempatan balik ke Langkawi. Mendapat berita seorang anak saudara dimasukkan ke hospital, aku pun ambil peluang pulang melawatnya. Cantik sungguh hospital Langkawi, dengan lanskapnya yang bersih dan kemas, ditambah pula pokok-pokok yang menghijau dan sejuk mata memandang memagari bahagian belakang bangunan-bangunannya, sudah tentu pesakitnya terasa amat lega berehat di situ. Selesai melawat orang sakit, melawat kakak yang sudah lama tidak dilawati, kami pun bersiap pulang petang itu juga.

Seperti biasa kalau ke Langkawi tidak lengkap jika tidak membeli choklat kegemaran anak-anak. Selepas sembahyang asar di Jeti Kuah Langkawi, aku bergegas menuju laluan kastam untuk menaiki bot ke Kuala Kedah. Oleh kerana cuma sedikit saja choklat yang dibeli, maka aku melalui pihak kastam tanpa menghiraukan mereka dan tidak pula berhenti. Seperti biasa aku selalu lupa, berjalan dengan pantas walaupun bersama suami dan anank-anak. Tiba-tiba aku dikejutkan apabila terdengar nama aku dipanggil. Tak kanlah choklat sebanyak itu pun mesti ditunjukkan, naik pelik aku bila dipanggil kembali. Berpatah balik, semuanya senyum belaka, termasuk seorang kastam muda, berjalan menuju ke arah aku.

'Cik gu, saya tengok cik gu jalan dari jauh, saya dah cam. Dia terus salam dan cium tangan aku. Oh rupanya aku dipanggil oleh bekas anak murid aku. Masya Allah, bangganya aku, gembiranya aku. Rupanya anak murid, bukannya nak chek choklat. Rugi betul aku terkejut, memang tak patut aku tersirap darah, aku memang sangat terkejut .......... tapi, jauh di sudut hati, aku sungguh bersyukur, kerana masih ada orang yang ingat....