Tanggal 18 Mac 2020 bemula PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, dengan harapan negara Malaysia tercinta ini dapat membendung gejala wabak covid 19. Waktu itu kelihatan huru hara seluruh negara. Ada isteri terkandas di kampung, ada suami terkandas juga. Tambah teruk lagi ada anak-anak terkadas jauh dari emak bapa. Waktu itu semua sekolah tutup, tempat kerja juga tutup, kilang tutup. Pendek kata tiada pergerakan yang tidak perlu. Tiada rentas negeri, tiada juga rantas daerah, semua diarah duduk di rumah, Stay home stay safe. PKP disambung lepas dua minggu, sambung lagi, sambung dan sambung sehinggalah mencapai ke bulan Ogos. Siapa engkar didenda, siapa tidak patuh diambil tindakan tegas. Nampak jugalah kesannya, jumlah jangkitan pesakit covid agak terkawal, menurun sedikit demi sedikit hingga mencecah dua angka sahaja. Rakyat mula rasa sedikit seronok dan sedikit rasa lega.
Namun apalah malangnya selepas itu timbul kluster yang berbagai-bagai. Masyarakat tidak mengambil serius apabila disah positif dan diminta karantin di rumah, mereka ambil mudah. Dipakaikan gelang pink untuk mereka berkurung di rumah dan tidak berjumpa orang lain mereka engkar dan tak rasa bertanggung jawab menjaga diri. Mereka tak rasa bimbang akan tersebarkan kepada orang lain. Mereka selfish, bebal dan bengkeng, maka jumlah pesakit yang sudah menurun tiba-tiba melonjak semula menjadi gelombang kedua dan akhirnya tahun 2021 menjagi gelombang ketiga.
Kerajaan tiada pilihan telah mengisytiharkan dharurat kesihatan. Pada masa yang sama kerajaan menggalakkan vaksin, kempen sana sisi, setiap masa setiap hari minta rakyat ikut langkah kerajaan disuntik 2 dos vaksin. Harapan kerajaan dengan semua masyarakat divaksin, kita mencapai herd immunity, atau kesihatan kelompok. Seterusnya dengan usaha dan ikhtiar itu, diharap semua rakyat akan terselamat daripada jangkitan covid 19 in sya Allah. Ramailah yang turut serta, alhamdulillah. Setiap hari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ramailah yang hadir untuk ambil vaksin. Bermula dengan PM TS Muhyiddin Yasin, semua Menteri dan Pegawai Tinggi, Front-liners, sehinggalah ke masyrakat biasa. Warga emas diberi keutamaan kemudian yang berusia 60 keatas hinggalah kepada yang lainnya. Namun ramai juga yang antivaksin pula. Sudah daftar tidak hadir ke PPV, dan yang lebih teruk lagi, tidak daftar langsung dengan My Sejahtera. Tidak mahu ikut vaksin kononnya tidak perlu dan covid 19 ini tidak akan mengancam masyarakat kononnya. Covid makhluk Allah, kenapa takut covid, kenapa tak takut Allah?. Jadi kenapa perlu ditakuti? Alluhu Robbi tak tahu apa nak kata lagi.
Sekarang kes sudah mencecah 22,000 setiap hari. PM pun sudah bertukar ganti. Tiba giliran DS Ismail Sabri kali ini. Tak tau apa nak jadi lagi. Kita setiap hari bergelut menentang covid, orang politik bergelut nak jadi PM dan nak jadi Menteri. Hari-hari dalam Parlimen bergaduh, bertekak macam orang tak sekolah. Sampai baca fatihah untuk mangsa covid pun orang dah tidak hormat, lawan menjerit bagai nak pecah Parlimen. Patutlah Allah masih membiarkan covid berleluasa. Dia sedang menyaksikan manusia hilang punca, Dia sedang menyaksikan kemungkaran, Dia sedang menyaksikan tiada rasa insaf dengan musibah yang ditimpakan, tiada rasa berdosa dengan segala kesalahan. Tidak ada, malah bagai tidak dirasakan apa-apa dengan teguran yang Allah turunkan. Masya Allah.
No comments:
Post a Comment