Ahamdulillah tabir tahun 2020 menjelma juga pada usia emas 62 tahun. Masih teringat sejak tahun 2000, terasa masih amat lama untuk tiba ke tahun yang bermain di bibir semua orang dari semua golongan. Semua orang bercakap tentang 2020 menjadi negara maju. Pemimpin berdegar-degar dalam ucapan mereka untuk mencapai negara maju 2020. Masyarakat juga ghairah bercakap tentang 2020, begitu juga budak sekolah banyak bercakap tidak lain menuju 2020. Tapi sekarang sudah tiba ke tahun yang diwar-warkan, kita masih tetap seperti dulu, masih negara membangun, dan masih tidak mencapai cita-cita yang dihajati. Dan kini alangkah sedihnya melihat negara yang sangat maju suatu masa dahulu, sekarang terjebak dengan pelbagai kemelut. Politik kelihatan sangat rapuh, menteri kelihatan kurang berpengalaman, sidang rakyat dan sidang parliment kelihatan seperti "samseng" bergaduh, bertikam lidah macam orang kurang akal, maki hamun macam budak tak cukup umur dan entah macam-macam lagi yang memualkan dan menjengkelkan kita.
Apa pun hidup perlu diteruskan, sekurang-kurangnya kita buat perkara yang betul, bercakap yang benar, menulis perkara yang betul-betul, dan sampaikan ilmu yang benar dan betul. Semua itu nantinya akan menjadi bahan bukti kepada generasi akan datang. Semua itu nanti akan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk dicerna oleh anak cucu kelak. Jadi di awal tahun 2020, papa terus dengan perjuangannya berseminar tentang duit lama yang menjadi bahan bukti sejarah, melalui artifek arkeologi iaitu mata wang. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah teori-teori sejarah dalam pelbagai perkara, insyaAllah.

Peserta Seminar Sejarah Kedah di Menara Zakat, kepada Guru-guru Pondok |
No comments:
Post a Comment