BERAT (ALBANIA) - STRUGA - OHRID MECEDONIA
Pemandangan di Sempadan Albania Mecedonia Kapacah (Kjafasan) |
Kami kemudiannya tiba di sempadan
Albania, lebih kurang
jam 11.45 pagi. Urusan cop passport keluar dari Albania dan masuk pula ke Mecedonia semuanya selamat. Urusan Imegresen di dua sempadan itu memakan masa lebih daripada sejam kami terpaksa menunggu di dalam bas. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari bas kami mula bergerak meninggalkan sempadan menuju ke Ohrid pula.
Melihat pemandangan di Mecedonia, jelas dilihat bentuk mukabumi yang berbeza sedikit dari Albania. Mecedonia kelihatan lebih maju. Jenis tanamannya sudah kelihatan lain. Kadang-kadang sesekali kelihatan pokok-pokok pine tirus memagari dan menghiasi ladang-ladang mereka. Dan lebih banyak pokok plum kelihatan ditanam oleh peladang-peladang yang menghiasai di halaman rumah mereka.
Melihat pemandangan di Mecedonia, jelas dilihat bentuk mukabumi yang berbeza sedikit dari Albania. Mecedonia kelihatan lebih maju. Jenis tanamannya sudah kelihatan lain. Kadang-kadang sesekali kelihatan pokok-pokok pine tirus memagari dan menghiasi ladang-ladang mereka. Dan lebih banyak pokok plum kelihatan ditanam oleh peladang-peladang yang menghiasai di halaman rumah mereka.
Untuk ke Ohrid kami melalui bandar Struga. Walaupun tidak singgah tapi dapat dilihat bandarnya cantik dan tersusun. Rumah-rumah kediaman nampak cantik tersergam, ada yang tiga tingkat pun. Di kawasan lain ada juga kelihatan kawasan rumah-rumah pangsa. Di satu kawasan kediaman kami lihat sebuah mesjid yang agak besar dan di sebelahnya pula ada sebuah gereja, dan kubur ada di belakangnya pula. Barangkali kawasan di situ ramai orang Islam. Bandar Struga memang cantik dihiasai sungai dan tasik yang airnya mengalir deras dibarisi gunung yang masih bersalji di puncaknya.. Cuaca yang nyaman dapat kami rasai, kerana dapat dilihat orang ramai berjalan-jalan dan menaiki basikal di situ. Kami sempat singgah sekejap di sebuah stesen minyak untuk melejangkan otot dan qadha hajat.
Lebih kurang jam 2.00 petang kami selamat tiba di bandar tradisi Ohrid (Ohrid Old Town). Di bandar itu bas tidak boleh masuk, jadi kami berjalan beramai-ramai ke Restoran untuk menikmati jamuan tengah hari. Sungguh ramai pelawat dan masyarakat tempatan pada waktu tengah hari ini, semuanya berjalan-jalan dengan berbagai-bagai tujuan. Ada yang duduk-duduk sambil menikmati suasana kesibukan kota, ada yang membeli belah dan ramai juga memenuhi restoran-restoran sedang menikmati jamuan atau minum-minum kopi.
Lebih kurang sepuluh minit kami tiba di restoran tempatan disambut mesra oleh petugasnya. Dengan pantas pula selepas kami memenuhi tempat-tempat duduk, makanan pun dihidangkan. Menu kami nasi briyani ayam panggang, salad sayuran dan kentang goreng. Sungguh sedap nasi briyani lauk ayam itu. Tapi tidak seorang pun mampu menghabiskannya kerana setiap orang diberikan setengah ekor ayam panggang.
Berjalan ke jeti |
Bergambar kenangan di Jeti sebelum boat-riding |
Pemandanga indah tasik |
Kawasan perumahan tepi tasik |
Selepas itu kami diberi sedikit masa dari jam 4.30 hingga 5-30 petang untuk membeli belah di Bandar tradisi Ohrid yang indah. Ramailah yang mengambil kesempatan membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan seperti rantai kunci, magnet peti sejuk dan sebagainya lagi.
Kami diminta berkumpul di dataran berhampiran sebuah pokok tua yang dipercayai berusia lebih 100 tahun dikenali sebagai old Cinar Tree. Pokok tua itu selalu dipangkas supaya rimbun dan dapat mengekalkan saiznya supaya dia tidak terlalu tinggi dan besar. Orang barat ni memang pandai mengambil kesempatan. Apa saja yang boleh dijadikan bahan komersial akan diguna pakai. Pokok ini ialah pokok zaitun, dan pokok zaitun memang terkenal tahan lama. Ia sangat tahan walaupun pada masa musim sejuk. Ia akan tumbuh subur semula pada musim bunga dan berbuah pada musim panas. Jadi jika pikok ini diberi penjagaan yang sempurna ia akan hidup sangat lama. Dan itulah yang dilakukan oleh pihak berkuasa bandar Ohrid sebagai tarikan pelancong yang berkunjung ke situ.
Dataran Old Cinar Tree di Bandar Tradisi Ohrid |
No comments:
Post a Comment