Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi kekasih Allah Nabi Mohamad saw. Mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya, seperti mana telah dikurniakan rahmat ke atas kekasihNya itu. Aku mohon perlindunganMu Ya Allah dan aku mohon RedhaMu Ya Allah, dalam setiap gerak laku pekerjaan ku. Ya Allah....sesungguhnya dengan takdir Allah jualah segalanya terjadi. Begitulah telah tertulis Tanggal 24 April 2016, tarikh bermulanya era baru dalam perjalanan hidup ku ini. Ya Allah bantulah aku supaya sentiasa menerima takdir ini dengan sabar dan redha, ya Allah.
Ya Allah pada tarikh itu, Engkau takdirkan emak diserang 'strkoke'. Aku amat terkejut, dan semua orang pun terkujut juga. Tapi dengan penuh harapan aku mengharapkan emak cepat sembuh. Setiap hari di samping memberi ubat ikut jadual, dan membuat senaman seperti ditunjukkan, aku juga tak henti berdoa supaya emak kembali sembuh, kalau boleh seperti sedia kala. Malangnya selepas dua minggu di hospital, selepas segala usaha dilakukan aku sungguh sedih emak dibawa pulang, sudah tentulah ke rumah ku untuk rawatan susulan, jika Allah izinkan dia sembuh.
Malang sungguh bagiku yang sangat-sangat berharap agar emak kembali pulih. Rupanya takdir Allah tidak seperti yang kita harapkan. Kita hanya mampu berusaha - buat yang terdaya - urut, phsio-theraphy, senaman dan memberikan ubat-ubatan. Tapi itu saja usaha yang terdaya, selainnya hanya mampu memanjatkan doa agar diberikan yang terbaik kepadanya. Sungguh Ya Allah aku tak berdaya lagi. Sungguh Ya Allah aku sudah pasrah dan redha. Bahawa inilah sesungguhnya yang telah Engkau takdirkan kepada ku. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan sekarang tahun sudah berganti tahun. Nampaknya keadaan emak semakin hari semakin merosot.
Mula-mula dulu emak masih kuat ingatannya, walaupun kadang-kadang ia lupa. Dia masih ingat dengan kuat untuk balik ke rumahnya. Kadang-kadang tak berhenti ia minta aku bawa dia pulang ke kampung untuk melihat rumah dan tinggal di rumahnya sendiri. Kemudian dia sudah mula memanggil-manggil kami untuk duduk di dekatnya. Kadang-kadang dia marah-marah kerana kami tak sempat banyak masa bersamanya. Tapi dia masih boleh ingat. Sekarang emak sudah tidak ingat dia sudah makan atau tidak. Kadang-kadang dia bagi tau aku dia tidak diberi makan oleh pembantu. Alangkah sayunya aku.
Bukan itu saja badannya terutama kaki dan tangannya yang tidak bergerak sudah semakin kaku dan agak keras. Bila disapu minyak dan diurut-urut dia sakit, dan dia marah-marah. Dia sudah tidak boleh menerima pertolongan kami itu dengan sepatutnya kerana dia sudah kurang rasional pemikirannya. Ya Allah sayu hati ini melihat wajah emak yang semakin hari semaki di mamah usia. Dulu dialah yang mengadunkan makan minum, dan segala keperluan yang tidak dapat aku sediakan untuk anak-anakku, sehingga semua mereka membesar dengan sempurna. Mereka semua dapat menjalani kehidupan dalam kesibukan aku, dengan selesa, dengan penuh kasih sayang seorang nenek yang kuat bertenaga, sentiasa gembira bersama cucu-cucunya. Dialah juga dengan kudrat dan tulang empat keratnya membantu menguruskan rumah tangga ku, sehingga semuanya teratur. Makan pakai kami, dan penjagaan rumah kami, pendek kata semuanya dialah yang menguruskan.
Aku masih ingat dengan jelas, pagi dia dan abah datang ke rumah kami setiap hari, uruskan segala keperluan kami, kemudiannya petang balik bersama arwah abah yang mereka kedua-duanya sangat kami kasihi. Bukan saja kami dan anak-anak kami, tapi saudara-saudara dari Langkawi semuanya mendapat manfaat dari keringat dan tenaga tulang empat kerat emak. Bermula dengan Kakak Wan, kemudian Mat Hamat, diikuti Mat Di, selepas itu Cik On, datang pula Kakak Yah, disusuli Kakak Kiah, kak cik Nurul dan akhir sekali Shahirah, datang tinggal di rumah kami silih berganti; semuanya dapat merasai air tangan emak memasak makanan kami setiap hari.
Sekarang dia sudah tidak berdaya lagi. Dia sudah tidak boleh bergerak dan tidak boleh berjalan. Malah dia sudah tidak ingat makan atau tidaknya dia. Ya Allah aku mohon kepada Mu Ya Alllah, berilah segala kebaikan kepadanya. Sangat banyak baktinya kepada kami tidak terbalaskan ya Allah. Kasihanilah dia Ya Allah sepertimana dia mengasihi kami sewaktu kami masih kecil Ya Allah. Bukankah Engkau telah berfirman "Dan orang yang sabar kerana mengharapkan redhaan TuhanNya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik." ArRa'd ayat 22.

No comments:
Post a Comment