Lama juga di Gatwic Airport, sempat minum capucino dan makan tengah hari nasi bungkus dari Malaysia Hall yang sedap. Sempat lagi shopping souvenir untuk anak-anak yang tinggal, walaupun sangat ramai dan sibuk keadaannya. Luggage yang banyak terpaksa dibawa kargo berbayar. Sejam di angkasa kami selamat sampai di Schipol Airport, kira-kira sejam perjalanan dengan teksi ke Amsterdam.
Kami membayangkan entah jauh mana kami mesti berjalan ke hotel di tengah pekan. Semakin hampir ke Amsterdam, semakin nampak jelas penyokong dan rakyat jelata sedang berpesta – dengan teashirt oren di sana sini, dengan cat warna muka bendera Belanda, topi dan trompet Afrika – semuanya sudah pasti tidak ketinggalan berpesta, kerana Belanda menjulang naib juara Piala Dunia.
Setibanya di hotel, memang suasana riuh rendah, gamat dengan nyanyian dan sorakan, sama ada yang sedang berpusu-pusu berjalan atau yang menyanyi-nyanyi dan menari-nari di bar, seberang sungai di depan hotel. Dari jendela hotel kami dapat lihat orang juga berpesta menaiki bot, tidak henti-henti. Ada bot kecil, dengan sedikit penumpang dan ada bot besar dengan penumpang yang penuh, menyanyi, menari dan ketawa ria
meraikan kemenangan juara pasukan bola mereka.
Sepetang itu kami juga turut seronok melihat gelagat dan telatah orang Belanda. Kami juga seperti berpesta bola dengan penduduk Amsterdam. Petang itu memang mengasyikkan, turut teruja dengan keseronokan dan kemeriahan Belanda berpesta bola.
Sepetang itu kami juga turut seronok melihat gelagat dan telatah orang Belanda. Kami juga seperti berpesta bola dengan penduduk Amsterdam. Petang itu memang mengasyikkan, turut teruja dengan keseronokan dan kemeriahan Belanda berpesta bola.
No comments:
Post a Comment