Monday, August 11, 2025

CERITA PAPA

Tanggal 8 Februari 2025
Jam 4.30 petang 
Mama dapat call dari papa di klinik. Suara papa kedenganran cemas. Papa suruh mama dan adik cepat sikit pergi ke klinik, dia rasa sakit dada. ' Tak tahan ni,' katanya.

Kami bertiga bergegas terus ke klinik, alhamdulillah keadan trafik di jalan tak banyak kereta, 20 minit kami tiba di Pendang. Alhamdulillah Papa nampak tenang walaupun mama nampak dia menahan sakit. Dia berbaring di tikar sembahyang lepas sembahyang asar. Mama terus berwudhuk dan solat asar. Papa duduk di kerusi pesakit, dan adik ambil history kejadian papa, sambil buat referal letter ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Selesai print surat, Asfar terus angkat beg kerja papa masuk kereta, mama ikut papa masuk kereta, terus ke HSB. Dipermudahkan segalanya alhamdulillah jalan lengang 15 minit sudah sampai di Emergency. Dalam  perjalanan mama wasap Dr Sidqi Specialist di Emergency, kebetulan dia tak kerja. 

Di Emergency kebetulan tak ada patient, depa terus attend papa, kebetutlan specialist pun ada waktu itu, jadi terus buat ECG. Confirm satu saluran blok 2 tempat seratus peratus. Tekanan darah papa rendah, depa terus bagi drip, bagi ubat, dan buat semua checkup apa yang patut. Siap kena marah, 'kenapa tak panggil ambulan,' papa kata, 'rasa lebih cepat mai sendiri'.

Papa bagi skor tahap sakit dada yang dia rasa 7/10. Kemudian tahap sakit semakin berkurangan selepas drip dan makan ubat. Alhamdulillah syukur ya Allah papa dah rasa kurang sakitnya, dia solat maghrib sambil baring dan menjelang isyak, keadaan papa agak stabil.  Jam 9.00 malam, tiba-tiba Dr Sidqi datang melawat papa dan mama ada peluang masuk jumpa papa ikut specialist. Lepas itu doktor uruskan untuk papa masuk ke wad. Jam 11.00 malam mama ikut papa keluar dari zon kuning ditolak ke wad CRW.  Oleh kerana itu wad kecemasan untuk jantung, mama dengan berat hati terpaksa  melepaskan papa dibawa ke wad seorang diri.

'Ya Allah tiada daya upaya aku,. untuk berbuat kebaikan melainkan hanya dengan keizinanMu jua, begitulah sebaliknya. Ya Allah tolong jaga papa, aku serahkan papa kepadaMu, apa pun yang Engkau takdirkan aku redha ya Allah. Tolong bantu aku supaya aku terus kuat ya Allah, Aku tiada siapa-siapa, hanya padaMu tempat aku berserah.

Dalam suram dan hening malam aku berjalan longlai ke kereta. Hati terasa kosong walaupun adik ada di sebelah mengiringiku, namun yang dapat kurasakan hanyalah sebuah harapan yang kusandarkan bulat-bulat pada Mu ya Allah. Aku hanya dapat mengucapkan syukur, semuanya elok aturan Mu untuk aku ya Allah. Semoga semuanya nanti dipermudahkan in sya Allah. Malam hening itu tanpa papa di sisi, ku paksakan mata dan berdoa supaya aku dapat tidur untuk rehat. Aku berdoa supaya terus diberikan kekuatan untuk mengharungi hari esok yang entah bagaimana takdirnya, haya Allah saja yang tahu.

Pagi esoknya awal-awal aku sudah bersedia untuk ke hospital, tapi bingung sebab aku memang tak boleh masuk ke wad bukan waktu melawat. Dalam pukul 9.00 pagi aku terima panggilan dari wad minta bawakan ubat darah tinggi untuk papa. Alhamdulillah ini peluang aku untuk masuk jumpa papa, ada alasan kukuh. Aku bawa ubat dan segala keperluan yang patut. Masuk saja ke wad aku nampak papa tengah baring berehat. Aku lap papa, bagi makan ubat, dan sikat rambut. Alhamdulillah, papa nampak sihat, dan sakit pun dah kurang sikit. Jam 2.00 petang papa akan buat engiogram, semua dah siap sedia. Aku tak boleh tunggu lama, kurang selesa sikit bila semua orang lain tak ada yang tunggu jadi aku pun dengan berat meninggalkan papa untuk tunggu di luar.

Duduklah aku sorang-sorang di luar wad CRW. Di hujung sudut yang satu lagi kelihatan seorang wanita bersama dua orang anaknya dalam keadaan sedih dan murung. Barangkali dia juga nampak aku begitu, aku tak kisahlah sebab memang dalam keadaan kesusahan yang amat, hanya Allah saja yang tahu. Aku hanya mampu berselawat, mudah-mudahan dengan berkat dan syafaat kekasih Allah itu, Allah cepat sembuhkan papa dan memudahkan segala urusan kami anak beranak. Pejam celik pejam celik, tiba-tiba bang long ada di depan mata. Allahu akbar, subha nallah masha Allah, aku peluk erat tubuh sasa anak ku. Air mata mengalir deras, baru aku tahu bahawa aku sebenarnya tidak sekuat yang aku rasakan. Terasa terus bertenaga bila ada along di depanku. Memang aku tak suruh sapa pun balik, baik along atau pun alang. Angah memang tak boleh nak buat apa dah, beribu batu nuuun di kejauhan.  Tapi bila ada di sisi aura semangat dah jadi lain, jadi semakin lapang di hati, ada tempat meluah apa yang dirasai. Sementara menunggu jam 2, kami duduk-duduk di kantin, sambil makan, sambil bercerita.

Kami masuk balik ke wad bertemu papa jam 1.00 tengahari. Semua sudah sedia papa dah tukar baju, dengan cap segala, duduk di kerusi roda tunggu masa di bawa ke OT. Kami peluk papa, pesan papa banyakkan selawat, dan dengan senyum penuh harapan, kami terus berdoa mengiringi dengan lambaian  semasa papa ditolak pergi. 'Ya Allah kuserahkan suamiku kempadaMu ya Allah, aku sayangkan dia tapi aku tahu dan aku sangat yakin Engkau lebih sayangkan hambaMu ya Allah, padaMu aku berharap dan padaMu aku bermohon selamatkan dia dan  mudahkanlah jalannya bagi kami, aaamiin.'

Kami terus ke surau untuk solat zohor. Lepas tu along balik ke rumah untuk berehat sekejap. Lama aku di surau solat dan berdoa sementara menunggu urusan engiogram papa selesai. Aku memang nak berada di surau saja kerana lebih selesa dan lebih aman dan menenangkan. Bersendirian di hospital memang amat perit terasa, tiada kata yang dapat mengungkapkannya. Namun aku yakin Allah bersamaku dan kekasihnya jua. Ini saja kekuatanku. Emak sudah tidak boleh mendengar rintihanku lagi, dia sudah tidak seperti dulu. Adik, alhamdulillah dapat terus menguruskan klinik, sudah hilang satu masalah. Alang masih bekerja kalau nak balik pun tak tau bila sampainya, dan angah hanya dapat bertanya khabar dari jauh. Apa pun takdirnya barangkali dia hanya dapat melihat dari jauh, ikutlah apa aturan Allah buat kami. Aku solat, baca quran, zikir  dan selawat silih berganti. Terasa hati lebih tenag dan penuh harapan.  Masuk asar surau semakin ramai dengan jemaah, aku terus solat dan cepat-cepat menuju ke wad menunggu papa keluar OT. Along sudah ada di situ, di depan wad CRW dengan Hajar dan Ali, alangkah bahaginya melihat mereka. Kami saling berpelukan menenangkan hati masing-masing dan menguatkan semangat sesama kami. 

Jam 5 papa call, dia dah keluar OT dan dah pindah wad recovery di sebelah CRW. Kami bergegas masuk ke wad, bergilir-gilir 2 orang pada satu masa. Alhamdulillah saluran tersumbat dah pasang stent 2, prosedur dibuat di tangan. Papa kata kurang sakit sikit berbanding yang pernah dibuat 15 tahun dulu. Muka papa nampak lebih ceria, dia rasa lebih sihat alhamdulillah.  Beberapa orang jiran Dato Hassan, Zaki dan Hj Bakar datang melawat. Petang itu, Alang dah balik, papa pun dah semakin sihat sikit, alhamdulillah wa syukrulillah. Malamnya aku dapat tidur lebih tenang berbanding kelmarin, sabar dan syukur itu sungguh indah, dengan izin Allah, dan dengan bantuan Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang.  Ahad tengah hari Along balik ke KL untuk bertugas, terima kasih bamg long balik bagi semangat dekat mama.

Hari ke-3 papa masih di wad, Sudah boleh ke toilet sendiri, sudah boleh pergi solat di surau dan makan pun lebih berselera. Sahabat papa dari Baling cikgu Mokhtar dengan kerusi rodanya datang melawat papa bersama isterinya, sungguh rasa terharu. Rakan-rakan dari jemaah  Taman Jaya  Cikgu Bakar, cikgu Malik dan dan cikgu Bakar pendek melawat bersilih ganti. Rakan PSMCK juga turut datang memberikan semangat Pak Ngah dan Mak Ngah, Dato Syed, Nazim, Dato Rawi,dan PakLong. 

Hari ke-4 Us Abu Khair datang melawat. Doktor kata papa boleh balik, mereka sedang sediakan semua yang perlu untuk discharge. Selepas maghrib Alang datang  jemput papa.

rawatan susulan