Wednesday, August 7, 2024

BETONG, YALA, PATTANI

31 hb Julai 2024 (Rabu)

DAY I 
ALOR SETAR KE BETONG

Sudah lama besan kami cikgu Yusof mengajak kami untuk jalan-jalan ke Siam. Dia memang suka pergi ke sebelah sana, jalan-jalan dan makan-makan. Jadi kami buat keputusan mengikut rombongannya ke Thailand. Tujuan ke sana membuat lawatan balas kepada lawatan Tok Imam Yala Haji Ahmad Tunjung. Dia menjemputkami makan durian di dusunnya. Selainnya jalan-jalan  berukhuwah ke Sekolah Pondok dan beriadhah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang maha kuasa, dan menikmati makanan dan kelainana budaya yang Allah sediakan untuk diambil iktibar bagi meningkatkan lagi keimanan kami semua.


Seawal jam 7.00 pagi semua  38 orang ahli rombongan telah sedia mengambil tempat dalam bas hawa dingin yang cantik dan selesa milik Farhan Travel and Tours. Mudah perjalanan orang tua-tua pencen sebab semuanya sangat patuh masa dan arahan. Perjalanan ke Siam akan melalui pintu sempadan Pengkalan Hulu, dan terus merentas sempadan ke Betong. Bas mula bergerak kami diberi taklimat aturcara perjalanan. Kami berhenti sekejap di Gurun, kemudian di masjid Pengkalan Hulu, dan lebih kurang jam 10.00 pagi rombongan kami tiba di check-point Pengkalan Hulu. Urusan passport dan semakan bagasi cepat sebab tidak ramai pelancong pada hari-hari bekerja.

Alhamdulillah kami berada di atas bas semula lebih kurang jam 10.30 pagi, kami memulakan jalan-jalan  di tanah Betong. Menurut Tn Hj Zaki tour guide kami seorang pensuarah di Kolej Vokasional Betong. Beliau tamat pengajian menengah di Pondo Pak Ya Gurun. menurutnya dulu Betong ini kawasan hutan tempat sarang komunis yang mengganggu di Tanah Melayu. Sehingga sekarang terowong yang menjadi markas mereka masih kekal utuh dan menjadi tempat pelancongan, tapi kami tak berminat untuk melihat kesan sejarah hitam itu. Sangat menjengkelkan. Selepas perjanjian damai mereka membuka tanah dan membuat pekan sehingga berkembang maju seperti sekarang

Berkunjung ke Betong, teringat masa-masa remaja dulu-dulu, teringin nak ikut Mak Ngah Bunga ke sana. Tapi emak tak pernah membenarkan takut keselamatan anak gadisnya yang seorang saja. 

'Tak payah nak ikut pi sana bukan seronok sangat, bukan ada ada pun, cari bahaya buat apa?' 
Jadi selepas itu memang tak pernah minta lagi nak ke sana. Selepas kahwin pun memang tak pernah berpeluang ke Betong, selalunya ke Hatnyai kalau ke Siam, untuk terus ke songkhla, Phuket, Pattani, Ranong, Nakhorn Sithamarat dan Bangkok.

Dari Pengkalan Hulu ke bandar Betong, tak jauh cuma 7 kilometer saja. Sepanjang jalan dari border ke bandar Betong, kelihatan awan putih dan gebu berkepul-kepul, mereka panggil awan nano. Betong ini sekarang cuacanya sejuk. Tambah Hj Zaki lagi, Betong ada 3 musim, musim hujan, musim sejuk dan  musim panas. Masa ini durian sedang bermusim, sepanjang jalan kelihatan pokok durian lebat buahnya dan sepanjang jalan bau harum buah durian menyegat hidung. Hebat teknologi mereka mengusahakan ladang durian. Di sini bukan dusun durian lagi, tapi ladang durian. Masha Allah maha suci Allah, Tuhan kurniakan tanah subur dan cuaca yang baik sehingga durian menjadi sungguh-sungguh. Iktibarnya apa yang Allah kurniakan, perlu dimanfaatkan, barulah rezeki Allah melimpah ruah. 

Sampai di pekan Betong, kawasannya tanah tidak rata, berbukit bukau. kedainya pun ada yang baru dan ada yang masih kekal seperti keadaannya yang lama dulu. Pekan Betong beraromakan durian sepanjang-panjang jalan di pekan itu, buah durian merata-rata kedai. Masya Allah, rezeki Allah bermacam-macam dan berbagai-bagai. Nikmat manakah yang kamu  dustakan, memang manusia ini kurang mensyukuri nikamat Allah yang melimpah ruah.

Lebih kurang jam 11.30, kami sampai di Restoran Dapor. Haji Zaki mempersilakan kami menjamu selera ikut menu yang telah kami tempah sebelum datang lagi. Antara menunya Nasi kerabu, nasi goreng, pulut durian, pulut mangga, moi sup, dan banyak lagi. minuman kami boleh pilih sendiri kerana kami makan bayar sendiri sarapan di pagi itu. Kami makan dengan puas, sedap dan kenyang perut sukalah hati untukmeneruskan perjalanan kami.

kemudian kami bertolak ke pusat pengajiana tahfiz yang kami piilh khas untuk dikunjungi, iaitu Sekolah Maahad Darussalam Betong. Jam 12,30 tengah hari kami di sambut oleh barisan pelajar sepanjang perjalanan masuk ke dewan mereka.. Terasa amat kerdilnya kami, dah lah tua masih jahil dan tidak mampupun berjihad membangunkan sekolah sebagai pusat pengajian agama dan tahfiz untuk mengukuhkan syiar agama Islam. Terasa malu kepadaMu ya Allah,semoga Engkau ampuni segala dosa kami, sesungguhnya kami ini amat zalim.

Selesai upacara sambutan dan taklimat, dah masuk waktu zohor, kaum lelaki pergi solat jemaah di masjid,  kaum wanita manikmati jamuan tengah hari yang dihidangkan. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan. Semua jenis makan memang sedap-sedap belaka. Nasi, lauk ayam, ikan, kerabu seperti pasembur, buah-buahan dan minuman. Alhamdulillah selesai kami semua makan kami mengucapkan selamat tinggal dan menitipkan sedikit sumbangan untuk buat menampung perbelanjaan pengurusan sekolah mereka. Semoga Allah menerima sumbangan kami yang tidak seberapa sebagai sedekah kami seikhlasnya.


 `       II. BERKUNJUNG KE WINTER GARDEN

Di atas bas semua kami kekenyangan dan berehat mengambil tenaga untuk meneruskan perjalanan lagi ke Hot Spring Winter Garden Betong.  Untuk berjalan di Winter Garden kami naik keretapi dengan bayarannya,  TB 100 seorang tidak termasuk tiket untuk bayaran masuk.yang juga hanrganya TB 100 seorang. Lama juga masa kami habiskan menikmati keindahan kebun bunga di situ. Cantik-cantik pokok-pokok disusun rapi dan dengan bunganya yang berwarna-warni menambah serikan lagi suasana taman itu. 

Apalagi kami ambil peluang bergambar menikmati kurniaan Tuhan yang indah-indah itu. Ini baru taman di dunia, bagaimankah nanti indahnya kurniaanMu taman-taman di syurga, tak dapat kami bayangkan ya Allah, semoga kami Engkau masukkan ke syurgaMu walaupun kami rasa sungguh tidak layak, tapi kami ingin ke syurgamu ya Allah.

Insafnya kami ya Allah, jika tidak dengan rahmat dan rahimmu sudah tentu kami tak mungkin ke syurgaMu. Bantu kami ya Allah. Selesai melihat-melihat kelilin- keliling kami naik bas turun meneruskan perjalalanan. Alhamdulillah Haji Zaki belanja kami makan perbagai jenis durian yang sedap-sedap hasil dusun pelajarnya. Syukur dengan nikmat yang ada, semoga Haji Zaki dan pelajarnya itu murah rezeki dan diberi ganjarang oleh Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 aamiin

Turun dari winter Garden terasa angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman dan sejuk. Kami checkin di Hotel Butterfly. Lepas bersih diri dan solat jamak takkhir zohor asar, kami melepas lelah sekejap. Selepas solat maghrib, kami ke jamuan makan malam di Restoren Hazana, dengan bayaran TB 300 seorang. Makanan hidang masakan Thai memang sungguh enak, apalagi dimakan dalam dingin suasan nyaman di Betong, amat menyelerakan. Jamuan turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Daerah rakan Haji Zaki yang datang sekejap meraikan kehadiran kami ke Betong,.. Beliau ada majlis tapi sempat datang sekejap bersua muka kemudian bergegas ke tempat acara seterunya. 

Selesai makan kami pulang ke hotel tapi oleh kerana masih awal kami naik tut-tut TB 20 seorang untuk meninjau-ninjau suasana pasar malam di situ. Tak ada yang lain daripada pasar minggu di Malaysia. Banyak makanan street food yang dijual, kami sudah kenyang, tak adalha yang kami teringin nak beli. Cuma kami teruja melihat anggor musscut yang besar dan kelihat sedap maka tertewas juga kami, terbelilah sekilo. 

Dah makan dekat hotel terasa rugi pula beli cuma 1 kilo. Rasanya sungguh manis dan rangup, tapi malam sudah larut dan kami tak boleh lagi untuk membelinya, cuma tinggal kenangan. Redhalah kami dengan sedikit rezeki yang Allah takdirkan kepada kami, alhamdulillah. Akan dibawa balik untuk dirasa oleh anak cucu sorang sikit. Segala yang berlaku adalah katentuan Allah belaka, jadi apa pun bersyukurlah seadanya. 

Dah larut malam kami berehat untuk bangun awal keesokannya untuk naik bukit. Kami akan melihat awan nano selepas subuh insyAllahhhh...