 |
Berjalan ke Dewan Besar |
Masih
segar dalam ingatan, Bang Long mendapat keputusan cemerlang dalam
SPMnya (2004), di MRSM Langkawi. Alhamdulillah....Kami amat bersyukur.
Dengan pencapain itu, dia mendapat tawaran mengikuti Kursus Pre-Medic
di UIA. Tapi
dia memilih untuk masuk Kolej Mara Banting, mengikuti Kursus
Internatioanl Barcalaureate (IB). Kursus ini anjuran MARA untuk
pelajar-pelajar yang akan dihantar ke luar negara, dan kursus persediaan
itu memakan masa dua tahun. Sekejap saja masa dua tahun berlalu.
Kemudian bulan September 2005, Bang Long fly ke University of Liverpool.
 |
Didatangi kawan-kawan Malaysia dll |
 |
Sempat bergambar sebelum majlis | | |
 |
Dewan bersejarah |
|
|
 |
Di Hadapan City Campus Uni Liverpool |
Ibu
mana yang tidak gembira dengan takdir yang telah dilalui itu. Syukur
alhamdulillah. Tapi jauh di sudut hati terasa sayu melepaskan anak yang
masih muda belia ke negeri orang seorang diri. Semasa tiket flight
diedarkan di KLIA, dan taklimat diberikan kepada sekumpulan pelajar
yang akan berlepas itu, terasa sebak tidak tertahan. Waktu itu juga
telah diedarkan chek wang sara hidup pemberian MARA berjumlah lebih
kurang RM 14 ribu, sebagai bekalan awal sara hidup. Dalam hati tak
putus-putus dipanjatkan doa, supaya Bang Long selamat dalam perjalanan
dan selamat kehidupannya di perantauan. Tambahan pula untuk ke Liverpool
dia seorang saja yang bakal mendaftar di situ. Tak terucapkan
kebimbangan, dan kerisauan. Cuma Allah saja yang tahu. Hanya kepada
Allah ku sandarkan harapan dan doa: supaya Bang Long selamat pergi,
selamat belajar, dipermudahkan segala urusan, mendapat pimpinan dan
hidayah, diberi pertunjuk jalan yang benar, dan mudah-mudahan selamat pulang dengan kejayaan, in syaa Allah.
 |
Tahniah Anakanda... syukur adanya.. |
Selepas
itu, masa pun terus berlalu, pejam celek Bang Long pun tamatlah
pengajiannya selama 6 tahun. Syukur alhamdulillah dia berjaya mendapat
ijazah yang diimpikannya. Kami pun dengan rasa syukur fly ke
Liverpool untuk majlis Convocation meraikan kejayaan anakanda kami
menerima segulung ijazah. Allah izinkan dia mendapat ijazah dan menjadi
Doktor selepas enam tahun bertungkus-lumus di University of Liverpool
yang bersejarah itu.
Untuk
memudahkan perjalanan dan urusan Majlis Konvo, kami belikan tiket
pulang ke tanah air sendiri, yang kemudiannya akan dituntut bayaranya
dari MARA. Rupanya keputusan itu tepat. Semasa Bang Long sedang bersedia
untuk hadir Konvo mereka bersedih kerana seorang rakannya tidak sempat
hadir konvo kerana tiket penerbangan ke Malaysia dibelikan oleh MARA
pada hari Konvo itu. Kami amat bersyukur. Sedikit kenduri kesyukuran
dibuat untuk meraikan Bang Long dan rakan-rakannya yang berjaya
menamatkan pengajian. Rakan lain dari Malaysia ,Singapura dan Brunei
yang rapat dengannya kami jemput juga. Syukur alhamdulillah kami dapat
berkumpul dalam majlis tahlil ringkas yang papa sendiri jadi khalifah.

Esoknya
awal pagi kami berjalan kaki ke Dewan Besar untuk hadir majlis yang
amat bermakna dan sungguh meriah. Kelihatan graduan lain beserta ibu
bapa dan dan kaum keluarga yang rapat juga ramai-ramai berjalan menuju
destinasi yang sama: ambil jubah di Student's Affairs Department, ambil
photo selepas dipakaikan jubah, kemudian ke dewan untuk upacara konvo
itu. Di sepanjang jalan ramai rakan taulan turut mengambil kesempatan
meraikan dan mengucapkan tahniah, bersalaman dan berpelukan kerana
meraka sedar mereka akan ditinggalkan kawan yang sudah tamat pengajian
dan diraikan sebagai graduan.
Dalam
suasana redup pagi itu, terasa kedinginan angin musim panas yang
bertiup lembut; nyaman dan mengasyikkan, gembira dan syahdu dalam
kusyukuran, meriah dan mengharukan. Ada juga berbalam-balam rasa sayu
bagi yang akan meninggalkan tempat bersejarah itu menuju ke tanah air
masing-masing termasuklah Bang Long jua. Pendek kata pelbagai perasaan
bercampur baur menyelubungi perasaan semua yang hadir.
 |
Inilah ijazahnya.... |
 |
Berpayung hujan rahmat adanya... |
Tamatlah
sudah penantian semua graduan untuk meraih kejayaan. Tamatlah sudah
penantian semua ibu bapa dan kaum keluarga menanti kepulangan dengan
penuh kesabaran. Tamatlah sudah perjuangan pahit manis menuntut
pelajaran di perantauan. Selepas ini bermulalah perjuangn baru dalam
bidang pekerjaan. Akan bermulalah episod menjadi Doktor di Hospital
Kerajaan. Telah banyak yang diberikan maka sudah sampailah masa membayar
balik dengan keringat untuk negara yang telah menajakan pengajian.
Begitulah tercatatnya satu sejarah dalam hidup Bang Long, berjuang
menuntut ilmu di perantauan: City Campus University of Liverpool,
sehingga meraih ijazah yang menghadiahkan gelaran Doktor dalam bidang
Perubatan.
Sebagai hadiah kejayaan Bang Long Kami terbang ke Amsterdam sebelum malis Konvonya.
 |
Menjamu selera tengah harinya |
ALONG KONVO 2:
 |
Menggayakan suit dengan housemate Vivak Hansrani
|
 |
Sedang menunggu untuk mengambil tempat........ |
Besoknya seawal jam 7.30 pagi, kami sudah menyusuri jalan ke universiti. Dengan cuaca dingin, dan suasana yang agak suram, kami mengharungi pagi yang cukup indah itu. Keindahan bukan hanya kerana pagi yang dingin itu, tapi kerana indahnya perasaan kami sekeluarga berkongsi kebahagiaan yang tidak terungkapkan dengan kata-kata. Indahnya perasaan bila dapat bersama berkongsi dan meraikan kejayaan. Sudah amat lama kami menantikan saat ini. Sudah terlalu lama dibayangkan saat-saat bersama meraikan kejayaan, hasil penat lelah yang sudah terlalu lama. Sudah terlalu sarat kami mendoakan supaya Tuhan anugerahkan kami kejayaan. Syukurlah sampai juga masanya......
 |
Sedang menunggu Zul sahabat karib untuk ke Dewan Phil Harmonic |
Selepas ini along akan kembali ke rumah. Enam tahun merantau men
cari ilmu sangat lama ku rasakan. Enam tahun tidak bersama, banyak dan sarat perasaan suka duka yang ditanggung bersama. Selamat kembali ke rumah sayang, semoga nanti kita akan lebih bahagia bersama. Semua kaum keluarga menanti dengan penuh gembira, semua kaum keluarga sangat merasakan ketiadaan yang sangat lama......
 |
Zul turut meraikan.......... |
 |
Turut gembira, kaunselor yang baik budi........
|